Home RR Fokus: Ideologi Pembangunan Mapan

RR Fokus: Ideologi Pembangunan Mapan

by

rr-fokus-idealogi-mapan-1

Ar Mustapha Kamal, 52 anak jati Kuala Lumpur yang mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jalan Pasar dan Sekolah Menengah Victorian Institut sebelum menyambung pengajian sarjana Arkitek dari University Of Auckland New Zealand sehingga 1988. Beliau merupakan Arkitek berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia dan telah menjalankan praktis seni bina selama 22 tahun. Selama itu juga Ar Mustapha melalui kitaran jatuh bangun dalam industri ini, namun kukuh menuju matlamat membina persekitaran terbaik dan mapan buat Malaysia.

KongsiKan Kisah di sebaliK penubuhan Firma arKiteK mustapha Kamal (amK)?
AMK adalah sebuah firma kecil yang merekabentuk bangunan-bangunan seperti rumah, kedai, ruang perniagaan, hospital, auditorium, surau, tadika dan taska. Firma ini juga membuat perancangan bandar dan telah merekabentuk pembangunan seperti Denai Alam yang telah memenangi Anugerah Hartanah berinovasi daripada Institut Perancangan Malaysia pada tahun 2003 serta perumahan yang telah direkabentuk adalah oleh pemaju seperti Kumpulan Guthrie Berhad, Island and Peninsular Berhad atau i&P, Sime Darby Property Berhad, Talam Corporation, Putrajaya Holdings Berhad, Perbadanan Putrajaya dan Apex Communications.

SONY DSC

Pasaran market malaysia mengalami tempoh downturn, peluang yang terbuka lebih banyak dalam pembangunan perumahan mampu milik yang disokong kerajaan. marginnya kurang, tapi volumnya besar dan permintaan ada. bagaimana dengan projeK yang diterima oleh amk kebelakangan ini?
Saya telah melalui mungkin 3 kali pusingan hartanah yang merundum sepanjang tempoh praktis saya hingga kini. Alhamdulillah , firma kami telah berjaya melalui pusingan tersebut. Pemaju yang berwibawa menganggap bahawa sewaktu penurunan permintaan merupakan waktu bagi mereka merancang penjualan hartanah yang berada di waktu hadapan sebab pembangunan hartanah adalah suatu proses dan memakan sekurang-kurangnya tiga tahun daripada peringkat permulaan rekabentuk hingga ke peringkat penjualannya. Firma praktis saya telah melakukan semua jenis pembangunan tersebut tetapi kini firma kami telah dipertanggungjawabkan untuk menyiapkan pembangunan perumahan penjawat awam 1 Malaysia di Putrajaya. Pihak Kerajaan kini sedang giat memastikan pihak penjawat awam akan dapat memiliki rumah pada harga yang berpatutan.


Adakah sustainable development akan menjadi pertimbangan utama dalam pasaran perumahan di malaysia?
Pembangunan mampan hijau akan menjadi teras dalam industri pembinaan serta hartanah sebab ia bukan sekadar trend bahkan permintaan rakyat dalam menangani masalah pencemaran, gunatenaga kuasa serta pengekalan kemampanan alam sekitar. Pembangunan Denai Alam menepati dasar tersebut sebab ianya menggalakkan sistem pengangkutan yang kurang menggunakan kenderaan bermotor iaitu penekanan adalah dalam penggunaan basikal, jalan kaki dan kenderaan motor elektrik. Selain daripada itu dalam rekabentuk perancangan kami telah memastikan agar orientasi lot-lot rumah adalah menghadap ke arah paksi utara-selatan supaya akan mengurangakan tampak timur barat dalam membina bangunan serta rumah.

VIVITAR DIGITAL CAMERA

Apakah yang menjadi halangan kepada pertumbuhan pembangunan sustainable di malaysia?
Tidak dinafikan bahawa faktor kos masih menjadi batu penghalang kepada penyertaan sepenuhnya dalam bidang serta sektor pembinaan dalam memastikan pembangunan mampan di Malaysia. Harga permulaan sesuatu pembangunan mampan masih menjadi persoalan yang sukar dijawab oleh beberapa pihak tertentu terutama pihak pemaju, atau pemangkin projek. Samada menanam modal bagi nilai harga awal pembangunan yang tinggi tetapi nilai harga penyelenggaaraan yang rendah atau sebaliknya masih menghantui corak serta halatuju keputusan korporat untuk memastikan terbinanya pembangunan yang mampan di alam sekitar di Malaysia.

Cara yang boleh menggalakkan pemaju hartanah malaysia membangukan kediaman mampan?
Antara cara-cara bagi menggalakkan pemaju hartanah Malaysia dalam membangunkan kediaman mampan adalah seperti memberikan insentif cukai berganda terhadap keuntungan yang dapat di buat oleh pemaju, insentif cukai penggunaaan bahan-bahan yang mampan serta menggunakan proses-proses mampan dalam membina srta menyediakan pembangunan mampan. Cara lain adalah memberikan potongan cukai atau rebat cukai terhadap penyediaan orang professional dalam organisasi seperti Pegawai pembangnan hijau, GBI assessors di pejabat, Chief Resilience Officer, serta bidang-bidang baru lain.

rr-fokus-idealogi-mapan-2

Terdapat peningkatan dalam permintaan mixed-use developments , apa kebaikan yang boleh dilihat dalam pembangunan Campuran dari segi sustainability?
Pembangunan campuran mempunyai kebaikan seperti penyediaan kemudahan yang boleh dianggap gunasama oleh penduduk di dalam pembangunan tersebut seperti Dewan Orang Ramai, Tadika dan Taska. Ini boleh menyemarakkan suatu kelangsungan komuniti dalam pembangunan tersebut. Kebolehsediaan komuniti merupakan kelebihan yang nyata yang dapat di beri penekanan dalam meperbaiki strutur kemasyarakatan di dalam perbandaran sebagai suatu eleman dalam alam sekitar.

Pemilik rumah moden hari ini terutama bagi kediaman bersaiz terhad, mereka melihat kriteria smarter and greener untuk kediaman mereka. Adakah amk mengambil kira dua kriteria dalam projek yang dilakukan?
Pihak kami menekankan pembangunan pintar atau smart dan mampan hijau or greener agar memastikan kurang penggunaan gas rumah hijau dalam membina kediaaman. Pihak kami juga memastikan samada rating seperti Green Building Index oleh pihak Pertubuhan Akitek Malaysia digunakan dalam memastikan serta memberikan Rating pada bangunan.

www.amk.com.my