Home RR Design: Warm Welcome

RR Design: Warm Welcome

by

rr_41_design_assuranz

Perkhidmatan terbaik pegawai kesihatan serta layanan mesra staf terhadap pesakit yang berkunjung di dalam sebuah klinik yang bersih dan selesa menjadikan pengalaman mendapat rawatan begitu menyenangkan.

rr_41_design_assuranz_3

rr_41_design_assuranz_2

Memang benar, sebuah klinik seharusnya mempunyai kriteria mengundang, praktikal dalam persekitaran mesra pesakit. Bagi mencapai kualiti ini, pihak pengurusan Klinik AssuranZ mendapatkan khidmat Pereka Soule Teh & Id Industries Design Team merekabentuk ruang dalaman klinik yang terletak di Klang ini mengikut polisi rekaan sebuah klinik moden dan menetapkan White Minimalist sebagai konsep yang mahu diterapkan.

rr_41_design_assuranz_1

Seperti pusat rawatan kesihatan biasa, rona putih melatari keseluruhan klinik. Namun begitu pemasangan lantai kayu beech memecahkah mood sejuk rona ini dan menyumbang kepada peniptaan sebuah ruang lingkup yang hangat. Manakala pelan perancangan ruang menggalakkan kelancaran pergerakan dari satu ruang ke satu ruang dalam klinik berkeluasan 2,000 kaki persegi.

www.id-ind.com