

1. Keluasan ruang dan reka bentuk
Ukur keluasan lokasi di mana gazebo mahu dibina, mengetahui keluasan ruang penting untuk menentukan saiz gazebo sesuai didirikan, dan perlu diambil kira cara pengunaan gazebo ini adakah ia sekadar hiasan dan jarang kali menggunakannya atau secara kerap berada di ruang santai ini. Semua ini membantu anda menentukan reka bentuk yang sesuai. Misalnya gazebo berbentuk oktagon seluas 14 kaki persegi boleh memuatkan 6 orang dalam satu masa, sesuai untuk masa ulangkaji anak bersama rakan setiap petang.
2. Periksa tanah dan saliran
Lokasi mudah bertakung air setiap kali hujan dan menyebabkan tanah lembut tidak sesuai untuk pembinaan gazebo. Jadi sebelum membina gazebo, lihat laluan air apabila hujan lebat. Jika gazebo dekat dengan rumah, ambil kira laluan air dari downspouts. Yang penting, cari tempat di mana air tidak berkumpul dan tanah kukuh.
3. Periksa bawah tanah
Sebaik menemui kawasan tanah kukuh dan tidak lembab, pastikan bawah tanah selamat kerana kemungkinan ada kabel elektrik atau plumbing drains tertanam dibawahnya. Kerja menggali boleh merosakkan kabel bawah tanah ini. Untuk kepastian, tanyakan kepada kontraktor binaan yang membina rumah anda.
4. Persekitaran selamat
Pokok besar mungkin akan mengganggu struktur gazebo, jika terdapatnya angin kecang dahan pokok yang patah akan merosakkan gazebo kesayangan anda, perkara sebegini adalah kebarangkalian yang perlu diambil kira. Untuk berehat di gazebo dengan persekitaran segar, cukup sekadar pokok hiasan yang tidak berbahaya.

5. Prihatin terhadap keperluan jiran
Satu perkara yang sering dilupa atau diabaikan masyarakat kini adalah budi bicara kehidupan berjiran. Jika tinggal di kawasan kejiranan yang rapat dalam kawasan rumah yang tidak begitu besar, sebaik-baiknya tanya apa kata jiran jika mahu membina gazebo lebih lagi jika di depan rumah. Barangkali, gazebo yang mahu kita bina menghalang pemandangan mereka ke arah lokasi penting atau lokasi kegemaran mereka, siapa tahu? Jika boleh, elakkan keadaan ini atau jika tidak, minta kata sehati mereka malah gazebo ini boleh menjadi tempat lepak bersama jiran anda!








