
[imej: yong design]
1. Terlalu banyak perabot dan hiasan boleh mewujudkan kekacauan dan memberi tekanan di dalam rumah. Maka pendekatan minimalis bukan sahaja akan menjadikan rumah kemas, malah menghalang visual mata daripada tertekan akibat ruang bersepah.
2. Simpan barang jarang digunakan dalam kabinet, kotak atau bakul supaya nampak lebih kemas. Kalau ada hiasan mahu dipaparkan, himpun dalam kumpulan yang sama supaya lebih teratur dalam menghias malah ruang minimalis tidaklah hambar tanpa dekorasi.
3. Keseimbangan adalah kunci pada reka bentuk minimalis, untuk mengikuti prinsip minimalis fikirkan ruang tamu sebagai satu garisan menegak dan mendatar bagi memudahkan kerja menyusun perabot, hiasan dan karya seni secara teratur.
4. Contohnya, susunan dua unit lampu lampu di kiri dan kanan sofa atau susunan simetri perabot di satu bahagian ruang tamu. Keseimbangan yang dicapai dengan betul membolehkan ruang tamu nampak kemas, rapi dan sudah tentu berwajah minimalis.
5. Titik tumpu boleh menjadi kekuatan dalam mengetengahkan konsep minimalis ruang tamu. Dengan adanya titik fokus, bahagian lain boleh ‘berehat’ daripada menampung dekorasi berat.








