

Corak abstrak atau motif bunga menjalar pada dinding menjadi tarikan dalam rumah hasil pemasangan kertas dinding. Tidak dapat dinafikan, kertas hias dinding adalah salah satu cara popular untuk mencantikkan ruang dan boleh ditukar ganti jika mahukan suasana baru.
Di Malaysia, jika mencari gedung membeli belah kertas dinding, Mywall Rich Decor adalah salah satu syarikat pengedar utama kertas dinding di yang diimport dari pelbagai negara seperti Korea, UK, Geman, Itali, Amerika Syarikat dan Jepun. Memenuhi cita rasa pelbagai, kertas dinding Mywall Rich Decor menawarkan lebih 30,000 pilihan rekaan kertas dinding untuk pelanggan.

Pada akhir tahun 2013, Galeri kertas dinding Mywall Rich Decor memperluas pilihan dengan memperkenalkan himpunan rekaan kertas dinding berciri Islamik pertama di Malaysia. Bagi penggemar hiasan berkonsep kaligrafi, atau hiasan berunsur binaan dan elemen ikonik Islam seperti Masjid dan Kaabah, koleksi dari Mywall Rich Decor tidak akan menghampakan.

Sebelum membeli, disarankan anda memilih kesesuaian corak dengan konsep kediaman serta tahu skala dan perkadaran kertas dinding yang sesuai dengan keluasan ruang supaya tampil harmoni. Jika ragu-ragu, rujuk pereka dalaman & perunding kertas dinding Mywall Rich Decor. Pasukan yang mahir ini berbesar hati untuk menawarkan idea & inspirasi bagi membantu mencipta ruang indah dalam kediaman anda dengan pemasangan koleksi kertas dinding mereka.
Antara perancangan menarik Mywall Rich Decor untuk pelanggan mereka adalah promosi Wallpaper Raya 2016 bermula 6 April – 1 Julai 2016 dan setiap pembelian minimum RM100, RM10 akan disalurkan kepada Tabung Pembinaan Masjid Setia Alam. Ayuh hias rumah sambil beramal!
MYWALL RICH DECOR
Shah Alam Showroom
No.31-C 3rd floor, Jalan Tengku Ampuan Zabedah F9/7, Seksyen 9 40100 Shah Alam, Selangor.
T: 1700 81 8768
M: +6016 601 9000
W: www.mywalldecor.com.my









