Tempatkan kusyen berona menyala dalam pelbagai saiz dan tekstur. Kusyen juga memberi lebih keselesaan kepada tetamu yang berkunjung. Selain itu, langsir nipis biasa boleh diberi sentuhan baru dengan menambah sekeping fabrik langsir baru yang bermotif kontras untuk memberi kelainan dan keunikan.

Direka oleh | The Urban City
Tips: Usah buat perubahan yang ketara. Tempatkan sebuah lukisan yang cukup ceria dan berseri untuk menyelit nada bertenaga ke dalam ruang tamu.

Direka oleh | ID Industries
Light Au Naturel
Bebaskan ruang tamu dari kesesakan dan suram. Biarkan cahaya matahari memancar ke dalam ruang tamu untuk memberi rasa senang dan luas selain menampakkan pojok santai yang mengundang lagi mesra buat tatapan tetamu dan sanak-saudara. Tumbuhan segar juga meminjam nada semulajadi yang sejuk dipandang mata.

Direka oleh | IDS Interior Design
Selanjutnya: Reinkarnasi Retro
Tips: Pilih satu warna yang menjadi asas kepada keharmonian ruang tamu anda. Ungu gelap dan lembut dengan tona hitam dan neutral menghembus nafas lembut, sesuai untuk ruang tamu.

Direka oleh | The Roof Studio


720x300-px1-scaled.jpg)




