Home RR ikon: Skala Kejayaan

RR ikon: Skala Kejayaan

by

rr-ikon-skala-design

Mengapa anda memilih untuk menjadi seorang pereka? Adakah ia didorong oleh bakat atau faktor persekitaran?
Sejujurnya, saya bukanlah dilahirkan dengan bakat semula jadi sebagai seorang pereka. Saya menyedari minat saya terhadap rekaan semasa saya di bangku sekolah. Yakin dengan diri dan bertunjangkan minat yang kuat membuatkan saya meletakkan kerjaya seorang pereka sebagai cita-cita. Sejak itu, saya belajar dan bekerja keras untuk menjadi seperti hari ini.

Di mana anda mendapat pendidikan dalam jurusan Reka Bentuk Dalaman?
Selepas tamat persekolahan, saya menyambung pengajian Diploma dalam jurusan Interior Architecture di Universiti Teknologi Mara, kemudian meneruskan pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang yang sama di Universiti Teknologi Mara.

Selanjutnya: Sinar Cinta DJ Lin

Mengapa reka bentuk sangat penting dalam kehidupan?
Reka bentuk selalunya berkaitan dengan interaksi manusia, hubungan antara ruang dan manusia, bagaimana persekitaran memberi kesan dan mempengaruhi kehidupan manusia. Jadi seorang pereka memainkan peranan penting dalam membentuk sebuah ruang yang ideal untuk manusia bagi menjamin kehidupan yang lebih baik.

rr-ikon-skala-design-3

Kongsikan perkara asas yang anda amalkan sebagai seorang pereka?
Sebagai seorang pereka, karakter yang selalu saya bawa dan amalkan, adalah menjadi pendengar terbaik dan terbuka dengan idea pelanggan walaupun saya dapat melihatnya dari perspektif berbeza.

Perkara yang dilakukan setiap kali mereka bentuk ruang?
Saya suka memberi penekanan dalam setiap rekaan saya, akan ada sesuatu yang berbeza dan menarik fokus dalam ruang tersebut.

Namakan projek yang menjadi kebanggaan anda?
Antaranya projek KLIA2, Hotel Tabung Haji, wad perubatan dan pediatrik Damansara Specialist Hospital, Petronas Viewing Gallery di level 86, dan beberapa lagi. Tahun 2014 antara projek penting ialah Islamic Financial Service Centre di Ibu Pejabat Tabung Haji memenangi Silver Award dalam anugerah MIID Nippon Paint Reka Awards.

rr-ikon-skala-design-1

Apakah cabaran mereka bentuk Islamic Financial Service Centre?
Ia adalah sebuah bangunan ikonik. Cabarannya apabila kami perlu mengekalkan elemen dan seni bina asal dalam masa sama mereka bentuk sebuah ruang moden yang melambangkan Tabung Haji sebagai sebuah institusi progresif.

rr-ikon-skala-design-2

Bagaimana pula dengan projek yang sedang dijalankan atau ada dalam perancangan?
Salah satu projek dalam perlaksanaan ialah ibu pejabat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Shah Alam.

Selanjutnya: Langkah Seorang Pereka

Siapa diri anda tempoh lima tahun akan datang?
Masih bekerja keras, sentiasa berusaha untuk mencipta sesuatu yang baru, dengan pengalaman yang ada, saya sentiasa terbuka untuk berkongsi ilmu dengan generasi pelapis.

Apakah nasihat anda kepada pereka muda dan pelapis yang akan menerajui industri ini suatu hari nanti?
Kerja keras, keazaman yang kuat pasti sesiapa sahaja boleh berjaya dalam bidang ini.