Dikelilingi 200 ekar hutan simpan perdana, pembangunan yang terdiri daripada 7 fasa kediaman dan 6 fasa komersial dijangka siap dalam tempoh 10 -15 tahun, dengan seluas 3.47 ekar Secoya Residences tersedia untuk pemilik rumah pada awal 2019.
Secoya Residences direka dalam dua konsep rekaan dalaman berbeza yang mempunyai keunikan tersendiri serta boleh disesuaikan dengan kehendak dan keperluan pemilik yang berbeza. Saiz binaan luas terdiri daripada 1,050 kaki persegi sehingga 1,670 kaki persegi, setiap hartanah di dalam Pantai Sentral Park ini mampu menawarkan ruang mencukupi untuk pemilik mendiami rumah yang selesa.
Secoya Type A berkeluasan 1,050 kaki persegi dengan pelan 2 bilik tidur direka sekitar konsep ‘Young and Energetic’, untuk sasaran profesional muda dalam kumpulan usia 27 – 35 tahun. Konsep reka bentuk menggabungkan banyak elemen gaya hidup yang penting bagi kumpulan sasaran ini, seperti sukan dan senaman, fun loving and entusiast, di samping menekankan gaya kesederhanaan yang harmoni dalam ruang lapang.
Terdapat sentuhan bergaya sporty dalam konsep reka bentuk dalaman keseluruhan. Ruang tamu berwarna duo-tone menyerlahkan expansiveness dan vibrancy. Panel siling menggabungkan susunan lampu yang menyebar cahaya dan mebentuk bayang-bayang pada dinding dan lantai untuk mewujudkan ilusi seumpama cahaya matahari dari luar menembusi dedaun lalu terbentuk bayang-bayang.
Penggunaan ruang dinding untuk memaparkan peralatan sukan dan latihan bukan sahaja menjimatkan ruang; ia menggambarkan gaya hidup aktif yang diamalkan penghuni. Panel dinding dan binaan rak Avantgarde untuk menempatkan TV adalah sorotan seni yang memberi rasa wujudnya pergerakan dalam ruang yang kosong. Kawasan dapur terbuka dengan countertop tinggi menggalakkan rasa moden untuk dinikmati.
Bayangan yoga terpapar di dinding bilik tidur utama. Ia adalah perlambangan sebuah ruang hidup yang diisi kesejahteraan. Bilik tidur kedua menggunakan konsep yang sama di mana lampu sorot dan bayang-bayang mewujudkan suasana vibrant untuk jiwa anak muda.
Secoya Type C berkeluasan 1,670 kaki persegi merangkumi 4+1 bilik tidur. Saiz binaan yang lebih luas serta reka bentuk dalaman berkonsep vintaj dalam ungkapan moden, Type C dibina untuk pasaran sasaran pembeli dalam usia lima puluhan yang mempunyai keluarga besar.
Bagi mereka dalam tahap usia ini, rasa nostalgia selalunya kuat dalam diri. Maka konsep ‘Modern-Retro’ dicipta berdasarkan keperluan mereka untuk ‘berhubung’ dengan kenangan manis masa lalu.
Marmar digunakan untuk menyerlahkan tekstur dinding bermotif bunga Paisley klasik di ruang tamu. TV diletakkan di ruang sosial utama ini dan perabot adalah diatur berjarak menambah gaya. Permaidani ditempah khas dengan motif bunga menyerlahkan mood retro, manakala hiasan vintaj bergandingan dengan gramophone, radio dan pelbagai barangan antik lain.
Lawat bilik tidur utama, motif cincin saling berkait pada dinding melambangkan keharmonian ikatan perkahwinan, dan perabot kayu vintaj membantu untuk menawan semula kenangan lama. Open wardrobe dengan struktur yang dirangka emas mmenyumbang aura eksklusif. Lampu loket custom-made dan perabot kayu menguatkan gaya moden retro.
Grace Foo, Pengurus Jualan & Pemasaran Pantai Sentral Park menjelaskan rasional menawarkan gaya dalaman yang berbeza di Secoya Residences adalah daripada pemahaman yang mendalam tentang pelbagai kehendak dan keperluan pembeli rumah.
Selanjutnya: 5 Perkara Bijak Untuk Refinance Rumah
Pembangunan Strategik Secoya
Secoya Residences merupakan Fasa 2 pembangunan Pantai Central Park Development oleh IJM Land dan terdiri daripada 243 unit kediaman kondominium dengan binaan yang terdiri daripada 1,050 hingga 1,670 kaki persegi. Unit kediaman dua hingga empat bilik tidur berharga dari RM850,000 dan seterusnya. Setiap unit menghadap ke arah Utara dengan pemandangan bandar raya dan Selatan dengan pemandangan hutan serta kolam renang.
Perbandaran Pantai Sentral Park merangkumi 58 ekar tanah dengan jumlah nilai pembangunan kasar sebanyak RM2.5 bilion. Dikelilingi oleh 200 ekar hutan simpan yang subur, pemilik rumah mempunyai akses langsung ke beberapa lokasi garden, parks, laluan mendaki, taman pendidikan flora, sungai semula jadi dan anak-anak sungai. Pantai Sentral Park juga mempunyai sambungan strategik ke Kuala Lumpur di utara timur, Bangsar/Damansara di sebelah utara, Petaling Jaya/Subang/Sunway di sebelah barat dan Cheras/OUG/SungeiBesi ke sebelah selatan timur. Ia terletak berhampiran stesen LRT Universiti dan KTM Pantai Dalam, satu jalan perhubungan ke KL Sentral. Pantai Sentral Park dihubungkan dengan pelbagai rangkaian jalan raya seperti Lebuhraya Persekutuan melalui Jalan Kerinchi dan dari Bukit Gasing melalui Jalan Pantai Dalam. Sebagai tambahan kepada kemudahan sedia ada, IJM Land sedang membina hubungan terus ke Pantai Sentral Park dari Lebuhraya Baru Pantai (NPE). Lokasinya juga terletak di persimpangan tengah Kuala Lumpur, beberapa minit dari Mid Valley Megamall, salah satu lokasi membeli-belah utama Malaysia dan juga berada berhadapan MSC Malaysia Cybercentre di Bangsar South.
Layari www.pantaisentralpark.com untuk maklumat lanjut.


720x300-px1-scaled.jpg)










