Home RR Destinasi: Ion Luxury Adventure Hotel

RR Destinasi: Ion Luxury Adventure Hotel

by

Iceland terkenal sebagai sebuah negara memiliki geologi sharp contra. Satu sudut dalam glob dunia di mana api dan ais wujud bersama di satu lokasi. Kawasan semula jadi yang luas di Selfoss iaitu sebuah bandar di selatan Iceland, membentangkan spektakular cantik yang terpelihara di wilayah luar bandar Iceland ini.

icelandion

Tapak Warisan Dunia UNESCO Taman Negara Thingvellir Selfoss sebagai contoh, menyediakan tempat percutian escapologist berbeza dari konsep percutian biasa. Craggy rockland, tasik redup berkilau memantul cahaya matahari pada musim panas. Dalam masa sama, bandar Selfoss menawarkan semua kemudahan kehidupan moden, dari kafe menarik dan kedai-kedai buku sehingga seni bina abad lama, kolam renang geothermal, seni kontemporari seperti di Galeri Listasafn Árnesinga.

icelandion2

HOTEL MAPAN

Perjalanan dari Keflavik International Airport menuju Selfos memakan masa kira-kira 46 minit. Tatkala, menghampiri kawasan penginapan ION Luxury Adventure Hotel, mengagumkan apabila melihat reka bentuk moden bersatu dalam landskap semula jadi. Terletak di bandar selatan-barat Selfoss, berdekatan persimpangan national menjadikan hotel ini mudah diakses dari pelbagai tempat di negara ini. Pemandangan gunung berapi Gunung Hengill mempesonakan, kawasan urban Reykjavik berdekatan dan landskap unik memainkan peranan penting dalam reka bentuk hotel yang dibina bersandar sepenuhnya kepada amalan mampan dan ciri semula jadi pulau ini.

rayaads

ION yang asalnya sebuah rumah penginapan untuk pekerja di Nesjavellir Geothermal Power Plant kini menjadi ruang ‘persembunyian’ yang bergaya. Bangunan terbengkalai telah dibeli pada tahun 2011 dan diubah suai dengan tambahan sayap baru dengan bantuan dari studio reka bentuk Minarc berpangkalan di Santa Monica.

icelandroom1

icelandion3

Struktur baru dibina menggunakan sistem bangunan panelized siap pasang menepati piawaian bangunan alam sekitar yang selamat. Kedudukan hotel ini di atas satu siri tiang terbina di cerun dan lereng Gunung Hengill menjadikannya sebuah binaan unik.