Pomeroy Studio mengumumkan satu reka bentuk kediaman karbon negatif, iaitu the B House yang terletak di Bukit Timah, Singapura.
Reka bentuk modular The B House mengambil teladan daripada prototaip rumah karbon sifar Sime Darby Idea House (2010) di Malaysia, yang juga direka oleh Pengasas Utama Pameroy Studio, Prof. Jason Pomeroy. Jika Prof Pomeroy menerapkan semula teknik rumah kampung melayu ketika mereka bentuk Idea House, kali ini projek the B House ini, Pomeroy Studio mengkaji Banglo tradisional Hitam dan Putih Singapura. Bangunan tersebut memaparkan unjuran bumbung yang luas, anjung cukup selesa dan variable shutter yang boleh menapis cahaya matahari tetapi membenarkan udara untuk meresap masuk. Pengudaraan silang dimaksimumkan oleh angin yang masuk melalui bukaan tingkat yang ditempatkan secara strategik serta siling tinggi.
Gaya Colonial and Asian disertakan dalam penataan ruang Courtyards dan anjung, sebagai tempat interaksi sosial di samping suasana damai dalam bangunan ini diunsurkan dari pokok di sekitarnya yang cukup redup.
Penggunaan peralatan seperti water-harvesting dengan sistem penjimatan air diramalkan menjimatkan sehingga 465 mililiter air setiap tahun. Penggunaan tenaga isi rumah untuk keluarga yang mempunyai lima orang kebiasaanya dianggarkan sebanyak 12,500 kWh setahun, manakala keluarga yang mempunyai lima penghuni di B House dianggarkan sekitar 8,000 kWh setahun.
Polycrystalline photovoltaic solar panels 100m2 di atas bumbung dijangka menjana 16.720 kWj setiap tahun bermakna B House turut bertindak sebagai stesen kuasa yang menyediakan surplus energy yang boleh dibekalkan kembali untuk penjimatan masa akan datang.
The B House telah dianugerahkan Building Construction Authority’s (BCA) Green Mark Platinum Award, anugerah tertinggi untuk bangunan mesra alam sekitar di Singapura.












