Home RR ikon: Perintis Seramik Generasi Baru

RR ikon: Perintis Seramik Generasi Baru

by

ikon-seramik-3

Bagaimana anda mula mengenal seramik?
Saya bermula dengan menyertai workshop seramik di POTSTOP, Subang Jaya, sebuah studio di bawah kelolaan Prof Ham Rabiah Kamrun, dan menerima tunjuk ajar dari En Mohd Radzi b Ismail. Ini adalah antara individu yang mempengaruhi saya untuk menjadi artis seramik. Kemudian saya mengambil keputusan untuk menyambung pengajian dalam jurusan di Universiti Teknologi Mara. Tahun 2013, saya menyertai workshop di bawah tunjuk ajar En Shamsu Mohamad di Sila Studio Balek Pulau, Pulau Pinang. Di sana, saya banyak mengikuti program lawatan, program exchange students saya berkenalan dengan seorang artis seramik korea. Saling berhubung, saya banyak merujuk beliau tentang peluang belajar seramik di korea kerana saya memang berminat untuk belajar di sana.

ikon-seramik-1

Kenapa korea?
Korea adalah antara pengeluar seramik terbesar di dunia dan memiliki kepakaran dalam penghasilan seramik secara teknikal. Di sana saya belajar menghasilkan seramik di sebuah studio seramik di Gyeonggi-do, sebuah perkampungan seramik di Icheon. Selama tiga bulan di Gyeonggi-do, saya belajar menghasilkan  seramik dengan efisyen dan cepat, serta  peraturan penghasilan seramik yang betul. Kembali ke Malaysia, saya mula menghasilkan seramik di bawah studio saya sendiri, Bangkita Studio. Jika sebelum ke Korea saya hanya boleh hasilkan 6-7 unit seramik sehari, selepas pulang dari sana sehari boleh hasilkan lebih 100 unit sehari

Kongsikan sedikit info tentang Bangkita studio?
Bangkita studio diwujudkan pada tahun 2012, beroperasi sebagai sebuah studio menghasilkan arca-arca dan produk-produk seramik.

Antara jenis produk seramik yang dihasilkan di sini?
Saya lebih banyak menghasilkan produk functional dan sekarang secara perlahan saya mula bergerak ke arah pembuatan sculpture. Dibantu oleh kakak saya di sini, saya banyak memberi tumpuan dan penyelidikan untuk menghasilkan warna sendiri. Saya akan menghasilkan formula dan kakak akan membantu apply pada seramik. Saya gemar bermain dengan warna neutral seperti coklat perang, biru dan hijau untuk karya karya saya di sini.

ikon-seramik

Dari mana bahan mentah diambil?
Tanah di ambil terus dari Kuala Kangsar kerana di sana sudah ada banyak tanah ready-made.

Teknik penghasilan seramik yang sudah dikuasai?
Saya sangat suka buat throwing. Potensi say dalam bidang ini dikesan oleh Pensyarah saya semasa menuntut di UiTM melihat kepada kemahiran saya membuat throwing.

ikon-seramik-4

Bagaimana promosi dan jualan di buat?
Jualan lebih berdasarkan penyertaan acara. Contohnya jualan secara komersil melalui pameran di Consumer fair Foire de Paris, dan penyertaan selama dua tahu berturut di Consumer fair Bazaar Berlin German dan Consumer fair L’Artigiano in Fiera Milan. Di Malaysia, Bangkita membawakan produk dalam acara seperti di Festival Kraf dan Art Bazaar. Tahun ini kami sedang sedang membuat persiapan untuk menyertai event di Frankfurt. Selain di acara, saya juga boleh dihubungi secara terus.

ikon-seramik-2

Pandangan tentang perkembangan seramik di Malaysia?
Jika sebelum ini masyarakat kita lebih mengenali seramik sebagai labu sayung, dan permintaan untuk seramik tidaklah begitu hebat seperti di negara pembuat seramik luar.  Tapi kini, kesedaran dan minat terhadap seramik sudah semakin boleh dilihat dalam kalangan generasi muda. Banyak institusi menwarkan course ini antaranya UiTM, UNIMAS USM, UMS dan beberapa lagi. Golongan perintis seramik juga memainkan peranan  dan saya sendiri cuba mengambil inisiatif untuk sama sama memperkenalkan seni ini kepada generasi muda dengan mewujudkan Bangkita Seramik Studio di mana disini saya turut menerima pelajar praktikal, selain teurut menerima permohonan sesiapa yang berminat, di sini mereka boleh belajar menghasilkan seramik dan menjual karya tersebut.

Kerjaya: Artis seramik, Guru seramik di bangkita Studio
Karya: Functional Seramic/ Sculpture

Untuk maklumat lanjut, sila layari: bangkitaceramicstudio.com