Home SSF: Lembaran Baru Industri Perabot dan Hiasan Dalaman Malaysia

SSF: Lembaran Baru Industri Perabot dan Hiasan Dalaman Malaysia

by

Setiap cawangan baru pusat sehenti hiasan dalaman SSF yang berkeluasan antara 8,5000 hingga 30,000 kaki persegi ini menjual lebih daripada sepuluh ribu jenis perabot dan produk kelengkapan rumah.

ssf-1

Majlis pelancaran berlaku serentak pada 10 September 2016 di cawangan baru yang terletak di Tingkat 2 Square One Mall Batu Pahat, Tingkat 4 Boulevard Shopping Mall Miri dan Tingkat 2 Boulevard Shopping Mall Kuching Sarwak serta berlangsungnya pelacaran imej baru bagi cawangan SSF Casa Square Puchong.

Di pusat sehenti SSF, orang ramai boleh membeli belah kelengkapan dan produk hiasan termasuk kelengkapan bilik tidur, perkakas rumah, peralatan dapur, kelengkapan bilik  mandi, langsir pasang siap ditempah khas, lampu, permaidani, bunga serta tumbuhan hiasa malah aksesori perkahwinan dan sebagainya.

ssf

Sempena dengan sambutan meraikan pembukaan 4 cawangan baru ini, SSF akan mengadakan promosi jualanbagi semua produk dengan diskaun sebanyak 30% selama 12 hari bermula 9 September hingga 20 September 2016 bagi semua 22 cawangan di Malaysia. Selain itu juga, promosi istimewa untuk kain langsir terpilih dengan RM1.00 setiap meter akan ditawarkan hanya di cawangan SSF Casa Square, Puchong. Tertakluk kepada terma dan syarat. Untuk maklumat lanjut layari www.ssfhome.com.