Kohler, peneraju global dalam reka bentuk dapur dan teknologi bilik air telah memperkenalkan koleksi Artifacts™ . Diilhamkan oleh daya tarikan rekaan abad lalu dan disokong pengalaman 140 tahun Syarikat Kohler dalam industri rekaan dengan ketukangan berkualiti, Artifacts™ collection membawakan pilihan baru kepada pemilik rumah Malaysia untuk memilih rekaan mencerminkan cita rasa peribadi. Pemilik rumah bebas memilih daripada tiga spouts dan tiga handles, kesemuanya boleh didapati dalam enam kemasan.
“Keindahan Artifacts™ collection ini terletak pada nilai keanggunan dan gaya abadi. Ia seumpama khazanah vintaj yang dijumpai semula. Dari konsep kasual sehingga formal, koleksi ini memberikan pengguna kebebasan untuk menggambarkan personaliti, citara rasa dan gaya pemilik” kata Presiden Kohler Kitchen & bath Asia Pacific and EMEA, Larry Yuen.
Selain daripada kepala paip, terdapat sehingga lima belas aksesori, termasuk soap dispenser dan toilet paper carriages untuk kolaborasi rekaan bilik air yang lengkap.
Himpunan Kohler Artifacts™ baru ini boleh disesuaikan dengan sempurna dalam bilik air berkonsep tradisional, moden ataupun konsep yang hadir menggambarkan zaman peralihan antara keduanya. Artifacts™ turut dilancarkan di benua lain termasuk Amerika dan Eropah, dengan sasaran untuk terus meningkatkan ruang hidup pengguna dan secara beransur-ansur merombak bilik air menepati cita rasa peribadi.
Selanjutnya: Suasana Selesa
Koleksi ini dilengkapi dengan pengalaman digital. Melayari laman sesawang www.kohler.com pemilik rumah dan rakan dagang boleh meneroka kemungkinan mereka bentuk koleksi dengan alat configurator yang membolehkan mereka mendapatkan visualisasi realistik bagaimana spouts, handles dan kemasan berbeza berinteraksi apabila diadukkan bersama.
Larry Yuen turut mengatakan koleksi Kohler mampu memberi kepuasan terbaik kepada pengguna yang bijak memilih dari segi rekaan dan juga kemasan dalam seni bilik air. Kualiti tinggi juga turut menjamin kepuasan kepada mereka yang ingin kesempurnaan.












