Kipas baru DC 4-Blade (K14ZW) oleh KDK menggunakan teknologi motor DC terkini membolehkan pengguna menikmati teknologi penjimatan tenaga tanpa menganggu prestasi kipas. Penggunaan 50% lebih kurang tenaga berbanding motor AC, motor DC 4-Blade mendapat penilaian lima bintang penjimatan tenaga oleh undian MEPS.
Bukan itu sahaja, Auto mode membantu menjimatkan tenaga sehingga 40% ke atas (berdasarkan penggunaan berterusan DC motor selama 1 jam). Seperti mana Off-Timer, On-Timer juga membolehkan pengguna menghidupakan kipas selepas masa yang dipilih dari 1-8 jam. Dilengkapi ciri inovatif seperti pengesan haba, mode tidur dan 1/f Yuragi, kipas ini bersifat mesra pengguna dengan tetapan kawalan sembilan kelajuan bagi memenuhi keperluan individu.
Kipas empat bilah tidak hanya berfungsi secara cekap dan lancar untuk menyediakan atmosfera sejuk dan nyaman malah menampilkan ruang berciri kontemporari dan sofistikated dengan rekaan dalam warna Elegant Grey LED DC Ceiling Fan atau Nikko (K15UW) merupakan model kipas siling 5-Blade yang mampu meningkatkan suasana ruang melalui sebaran angin dan limpahan cahaya.
Fungsi dual pintar bersama lampu LED dengan lumen sehingga 200lx membolehkan pengguna menyesuaikan cahaya lampu dan mengawal kecerahan di dalam ruang. Kawalan pilihan warna cahaya termasuk putih (200lx), Cool Day Light (150 lx) dan Warm (3lx).
Penilaian 5 bintang dari undian MEPS membuktikan kipas kompak ini jimat lebih 55% tenaga berbanding kipas yang menggunakan motor AC. Sementara itu, lampu LED menerangi ruang yang digunakan adalah lampu mesra alam 22W. Seperti mana Off-Timer, On-Timer membolehkan pengguna menghidupkan kipas selepas masa yang dipilih dari 1-8 jam. Suis keselamatan, wayar dan plat, alat kawalan jauh LCD memberi kelebihan kepada pengguna untuk menetapkan suasana selesa dalam rumah dengan mudah.


720x300-px1-scaled.jpg)






