Home Potret Di Atas Kanvas Dan Poster

Potret Di Atas Kanvas Dan Poster

by

custom-frame-1

Memoir indah selalunya tidak akan terjadi berulang kali, dan meskipun mungkin terjadi ia hampir mustahil untuk berlaku persis sebelumnya. Maka kita selalu mengabadikan gambar buat kenangan untuk tatapan masa akan datang.

Jika dahulu gambar disimpan di dalam album atau dibingkaikan serta digantung pada dinding. Bingkai kerawang atau tangka cara konvensional menggantung gambar untuk tatapan tidak lagi popular,  dalam kemajuan era digital ini pula, ramai yang memilih untuk menyimpannya dalam gadget masing-masing tetapi risiko untuk lenyap dari simpanan amat tinggi.

rayaads

Pengasasnya, Muhammad Naim Marzuki berkata, cetakan foto pada poster dan kanvas mendapat permintaan tinggi. Berbanding cetakan konvensional yang lebih mudah rosak dan memerlukan penjagaan rumit, warna gambar pada poster atau kanvas mampu kekal cantik sehingga 20 tahun.

Material yang digunakan bagi panel poster oleh Custom Frame Malaysia diperbuat daripada kayu pine bermutu tinggi. Manakala material kanvas diimport dari jepun. Kedua dua bahan ini bersifat tahan lasak.

custom-frame

Poster dan kanvas tidak memerlukan cermin berkaca atau plastik sepertimana bingkai konvensional dan istimewanya ia bersifat kalis air kerana ia dicetak bersama tekstur yang melindunginya bagi menjaga kualiti foto.

Pelbagai saiz panel boleh dibuat mengikut permintaan pelanggan dari harga serendah  RM15. Hari ibu makin tiba, apa kata potretkan foto ibu di atas kanvas dan hadiahkan sempena hari istimewa untuk ibu May ini!

Custom Frame Malaysia
No. 38-1 Jalan Equine 9B Taman Eq uine
43300 Seri Kembangan Selangor
T: +603-8949 9059
W: www.customframemalaysia.com