Home Persinggahan Kembara di Seberang Jaya

Persinggahan Kembara di Seberang Jaya

by

Terletak di kedudukan strategik pusat bandar Seberang Jaya (Province Wellesley) tanah besar Pulau Pinang, rekaan bilik dan suites hotel menawarkan pemandangan menakjubkan menghadap ke arah bandar Pulau Pinang sehingga ke Jambatan Pulau Pinang saujana mata memandang.

Grandeur sebuah hotel

Projek rekaan dalaman The Light Hotel, Pereka dilantik IDS Interior Design memilih pendekatan gaya sofistikated bagi membawa masuk persekitaran lively.  Pemilihan bahan rapi dan pencahayaan yang ditempatkan secara startegik menyuntik rasa grand dalam ruang utama. Di Lobi kawasan reception, gantungan chandeliers, lantai marmar dan perabot mewah menyambut tetamu di tengah atmosfera agung.

the-light-hotel-lobby

Setiap bilik tidur direka dalam ruang yang cukup luas, selesa dan bergaya menjadikannya sesuai untuk penginapan keluarga dan pelancong korporat. Pelbagai pilihan bilik seperti Superior Room, Deluxe Room, Family Suite, Junior suites dan beberapa lagi untuk disesuaikan dengan keperluan dan menikmati pelbagai keistimewaan.

Kerja dan Acara
Sembilan bilik function merangkumi Executive Boardroom and Press Conference Room menyediakan ruang dan kelengkapan terbaik untuk keperluan mesyuarat dan persidangan. Sudah tentu memilih hotel ini tentu tidak mengecewakan dan menjadikan urusan korporat berjalan lancar.

the-light-hotel-conference

Manakala Grand Ballroom dengan kapasiti bankuet sehingga 1200pax menyediakan latar belakang yang sempurna untuk meraikan peristiwa dan acara penting seperti majlis perkahwinan, reunion atau majlis peribadi.

the-light-hotel-ballroom

Berhibur dan segarkan diri

Rehatkan diri di lokasi oasis yang tenang. Ratu Spa, sebuah spa berinspirasi Bali yang menawarkan pilihan rawatan menyegarkan diri yang menggabungkan cara terapeutik tradisional dengan trend moden dalam rawatan spa. Boleh juga bersantai di sauna, bilik wap, kolam atau luangkan masa melakukan aktiviti kecergasan di fitness studio.

the-light-hotel-outdoor

Tidak hanya memanjakan diri anda, teman anak menghabiskan masa menyeronokkan di Kiddies Club yang mempunyai pelbagai peralatan dan permainan untuk kanak-kanak.

rayaads

Santai Selera
Dekorasi Spice Brasserie mencerminkan gaya kontemporari dengan hidangan tempatan, Asia dan Eropah. Hiasan dinding panel kaca dari lantai ke siling membolehkan cahaya semula jadi menembusi ruang dan mewujudkan  persekitaran makan kasual. Manakala dapur terbuka membolehkan aroma lazat memancing selera. Saksikan chef berbakat beraksi secara langsung dari dapur terbuka meningkatkan lagi interaksi antara chef dan pengunjung. Sama ada sarapan, makan tengah hari, makan malam atau makan malam, Spice Brasserie menetapkan tempat yang sempurna untuk memenuhi setiap keinginan anda.

the-light-hotel-dining

Untuk pengalaman makan gaya alfresco, pengunjung boleh memilih untuk menikmati hidangan di The Verandah. Sementara itu, Flavour@3 sebuah Restoran eksklusif di sini menawarkan pengalaman gastronomi  eksotik dan pilihan tempat makan masakan antarabangsa yang lazat.

Para tetamu boleh memilih untuk bersosial sambil menjamu selera dengan pelbagai hidangan dan koktel di The Garden Bar antara persekitaran tenang tepi kolam renang atau di Observation Deck dengan pemandangan sekitar yang cantik. Manakala gaya vintaj bergema dalam Lumino Lounge. Bersantai bersama rakan sambil menikmati irama jazz dan swing di lounge primeir ini.

www.thelighthotelpg.com