Apabila memasuki rumah baru, langkah pertama cat dinding atau beli kelengkapan? Mengapa? Ini adalah perkara yang sering mengelirukan orang ramai apabila memasuki rumah baru. Dalam isu kali ini, Rrenovation mengajukan persoalan ini kepada selebriti rekaan dalaman, Dr Eric Leong. Rumus Dr Eric, ada tujuh langkah perlu dilakukan apabila memasuki rumah baru.
1. GAYA REKAAN DALAMAN
Menentukan gaya rekaan dalaman menjadi titik tolak kepada langkah berikutnya. Tetapkan interior style, mungkin english, balinese, zen, moden, kontemporari atau mungkin juga eklektik. Salah membuat keputusan tentang style menyebabkan penghuni tidak seronok dan selesa berada di rumah sendiri.

Designed by Q1 Interior Concept
Setiap ruang boleh mempunyai satu dinding tumpu. Biasanya dinding tumpu di ruang tamu menjadi latarbelakang set televisyen, manakala dinding tumpu bilik tidur di bahagian kepala katil. Warnakan dinding tumpu dengan naungan lebih gelap atau terang berbanding dinding bahagian lain.
2. PILIH PERABOT
Pemilihan perabot perlu dibuat berdasarkan gaya rekaan dalaman. Salah mengenakan perabot dengan gaya utama boleh menyebabkan ruang nampak pincang. Kira juga berapa ahli keluarga yang mendiami kediaman. Enam orang ahli keluarga tidak boleh menikmati masa makan bersama dengan hanya set meja makan empat orang. Ambil kira juga gaya hidup anda. Jika selalu menganjurkan party, susun atur perabot perlu bersifat mesra tetamu dan membolehkan anda meraikan tetamu yang ramai dalam satu masa tanpa ada yang terabai.

Designed by Surface R Interior Design
3. PILIHAN WARNA
Masa untuk mewarnai dunia! Mungkin anda seorang yang hyper dan gemar berada dalam persekitaran terang dan vibrant? Atau anda seorang yang tenang dan mahu suasana sekeliling yang tenteram dalam naungan lembut? Boleh jadi juga anda suka monokromatik hitam putih atau misteri kelabu?

CasaIndah Design
4. SOFT FURNISHING
Langsir dan throw cushion adalah kemasan penting untuk menguatkan karakter dan gaya pilihan kediaman. Ia boleh hadir dalam pelbagai warna, tekstur fabrik dan corak. Warna paling ideal untuk kemasan ini adalah warna yang sepadan dengan warna dinding tumpu.

Designed by Design Integra
5. PILIH LAMPU
Cahaya adalah satu keperluan untuk keselesaan dan kelancaran aktiviti seharian. Warm lighting berupaya mewujudkan mood yang selesa untuk berehat atau bersosial di ruang tamu. Day light pula amat penting untuk konsentrasi urusan memasak di dapur dan ruang kerja. Tempatkan lampu terendak di sudut kediaman untuk mencipta mood lebih istimewa.

Designed by Nice Style Refurbishment Sdn Bhd
6. DEKO AKSESORI
Masukkan aksesori dan hiasan untuk ‘menghidupkan’ ruang. Pilih hiasan bersaiz besar, 1 atau dua sudah mencukupi.

Designed by Homlux Interior Furnishing Sdn Bhd
7.LILIN DAN BUNGA SEGAR
Cahaya lilin berperanan mencipta suasana romantik. Bunga segar pula boleh menjadi terapi menenangkan diri di rumah setelah melalui hari kerja yang sibuk.

Designed by SQFT Space Design Management Sdn Bhd









