Home 7 CARA ELAK ANAK TAKUT TIDUR SENDIRI

7 CARA ELAK ANAK TAKUT TIDUR SENDIRI

by

 

takut-tidur-sendiri-02
takut-tidur-sendiri-01
[imej : deep white]

1.   Memang benar untuk tidur berkualiti suasana gelap tanpa cahaya adalah cara terbaik. Tapi bagi kanak kanak yang fobia berada dalam gelap, nyalakan lampu tidur agar tidak menyukarkan untuk lena. Gunakan tetapan pemalap supaya tidak terlalu terang.

2.   Tambah fibre optic atau star stickers pada siling satu idea kreatif bagi anak yang takut gelap. Selain adanya kerlipan cahaya, ia mengalih tumpuan anak dari membayang perkara menakutkan. Kira bintang di langit siling hingga lena!

3.   Katil tanpa ruang di bahagian bawah menghalang imaginasi yang sering membayangkan ada sesuatu mengintai dari bawah katil. Tidak ada bayangan seperti itu lagi! Elakkan memilih katil tinggi berkosep lot bed atau cabin bed kerana ia membahayakan anak yang mungkin panik dan turun secara tergesa-gesa.

takut-tidur-sendiri-05

[imej: Sky Creation]

4.   Gebar tebal yang mendakap waktu tidur membolehkan anak rasa dilindungi.

5.   Tempatkan barangan anak di tempat yang betul. Kertas yang  diterbangkan angin kipas atau pensel yang terjatuh dari meja cenderung menyebabkan anak membayangkan sesuatu yang tidak sepatutnya.

takut-tidur-sendiri-03 takut-tidur-sendiri-04
[imej ; Zeng Interior]

6.   Bagi rumah moden, tingkap biasanya terbina dari cermin kaca. Sifat kaca tembus pandang ini boleh menyebabkan anak gelisah waktu malam walaupun ditutup. Jadi bagi pastikan mereka rasa selamat, pasang langsir atau bidai yang menghalang pandangan mereka ke arah luar.

7.   Bilik yang terlalu tertutup juga boleh menyebabkan kanak-kanak ketakutan dan berfikiran mereka tidak dapat meloloskan diri jika berlaku sebarang kejadian. Ini akan menyebabkan anak lebih cemas dan tidak dapat tidur di dalam bilik gelap mahupun suram. Oleh itu jika perlu bagi anak yang mempunyai fobia gelap yang kronik, biarkan pintu bilik terbuka supaya mereka sentiasa rasa mudah dan bersedia untuk melarikan diri apabila terlalu takut.
Nota kaki : Amalan membaca doa sebelum tidur adalah perkara paling baik yang perlu diterapkan dalam jiwa anak anak sejak kecil.
takut-tidur-sendiri-06

Leave a Comment

4 × one =