
[Photo : The Roof Studio]
1. Workstation penting untuk kelancaran kerja di dapur. Meja pastry biasanya lebih rendah daripada countertops standard. Namun jika mahu menjimatkan ruang, permukaan countertops seperti marmar dan granit sesuai rolling out doh roti dan pastri.Rancang ruang untuk meja pastri dalam kawasan kerja segi tiga.
2. Jika mampu pasangkan double Oven untuk kecekapan kerja. Mendapat hadiah dapur sebegini sudah tentu menggembirakan hati ibu dan bertambah bersemangat untuk memasak.

[Archint Design & Build]
3. Cipta ruang kecil yang lebih santai di mana anda boleh meletakkan televisyen atau komputer riba supaya ibu boleh menonton dan merujuk resipi yang boleh dilihat melalui video demonstrasi atau cooking show. Jika ibu anda seorang yang meminati muzik, tempatkan radio di kawasan tempat kerjanya.
4. Pertimbangkan rak bukuberhampiran dengan kawasan bekerja. Wujudkan keselesaan dan mudahkan ibu mendapatkan buku rujukan resipi lama yang terlupa.
5. Hias dapur dengan elemen kegemaran ibu. Mungkin bunga segar boleh menenangkannya tatkala berada di sini?
6. Biasanya bagi ibu yang sudah berusia, rata rata lebih selesa berada dalam persekitaran warna tenang. Oleh itu, pertimbangkan warna lembut seperti biru atau warna putih suci atau beige untuk ubahsuai dapur ibu anda.

[Photo : The Viincology by Viinc Yew Studio]








