Berapa lama anda tidur semalam? Enam jam atau lapan jam? Bagaimana perasaannya bangun pagi ini?
Waktu tidur adalah masa untuk tubuh berehat dan menjana semula tenaga. Tubuh kehilangan 3 liter air semasa tidur dan melalui kitaran penyejukan dan pemanasan. Tubuh juga menyerap substances melalui kulit dan paru-paru. Jadi memilih persekitaran tidur terutama katil bebas toksin sangat penting untuk kesihatan tubuh dan supaya segar saat bangun pagi. Oleh itu sebaik-baiknya guna bahan bedding daripada serat semula jadi dan elakkan bahan sintetik.
NATURAL FIBERS
1. Benang bulu biri (wool)
Benang bulu biri adalah satu serat semula jadi yang luar biasa mengagumkan. Ia mengawal suhu badan, menghangatkan ketika masa sejuk dan menyejukkan ketika cuaca panas. Kelebihan cepat kering memberi manfaat pencegahan kulat dan kulapuk serta debu hama. Selain tahan bakar, benang bulu biri juga bersifat tahan noda dan kedutan, static-free, 100 peratus biodegradable dan sangat tahan lama.
Tilam semulajadi yang mengandungi penggunaan benang bulu biri mencukupi boleh lulus piawaian ketat flammability standards tanpa menggunakan fire retardants yang berpotensi mempunyai toksik. Pad tilam benang bulu biri menjadikan tilam sentiasa kering dan bersih tanpa perlu menggunakan material plastik.
Tips : Kebanyakan keperluan bilik tidur daripada benang bulu biri tidak boleh dibasuh mesin. Oleh itu cara penjagaannya hanya letakkan di bawah cahaya matahari secara berkala.
Selanjutnya: RR Idea: Kongsi Eratkan Hubungan
2. Kapas Organik (Organic Cotton)
Kapas menyediakan alternatif yang lebih sihat berbanding sintetic foams, tetapi ia tidak bersifat fire resistant dan mesti dibalut dalam benang bulu biri atau dirawat dengan flame retardants untuk mematuhi flammability standard.
Kapas konvensional boleh jadi sarat dengan sisa-sisa racun perosak dan racun serangga. Ia biasanya diluntur dengan klorin dan dicelup dengan toxic heavy metals yang berbahaya kepada pengguna. Berkemungkinan juga ia dirawat dengan Formaldehyde untuk membantu mencegah pengecutan dan kedutan. Jika ingin mengelakkan bahan kimia, pertimbangkan linen katil dari kapas organik dalam warna semula jadi krim yang belum terluntur atau dicelup. Basuh alatan tempat tidur yang baru dan bilas untuk menyingkirkan sisa pembuatan.
Option : Berbanding benang bulu biri, kapas organik boleh didapati pada harga lebih murah dan boleh dibasuh dengan cucian mesin menjadikannya sesuai untuk cadar dan selimut tebal.
3. Getah asli (Natural Latex)
Jika anda suka rasa bantal dan tilam foam, carilah produk yang diperbuat daripada getah asli berbanding petroleum-based polyurethane foam, yang sangat mudah terbakar dan boleh jadi dirawat dengan toxic flame-retardant chemicals. Natural latex foam adalah sumber yang boleh diperbaharui yang diperolehi daripada pokok getah. Ia adalah semula jadi tahan kulapuk dan habuk hama. Tilam foam natural latex mengurangkan motion transfer, sangat sesuai untuk bagi yang tidur nenyak berkongsi katil dengan seseorang banyak bergerak dan bertukar posisi.
Untuk memastikan produk sebenar natural latex dan bukannya campuran sintetik, cari bukti pensijilan Global Organic Latex Standard (GOLS), yang menetapkan garis panduan bagi bahan-bahan serta kaedah pembuatan. Oeko-Tex juga memperakui sesuatu produk natural latex
Tahukah anda : Terdapat dua proses pembuatan natural latex foam iaitu kaedah Dunlop yang kurang mahal serta mudah dan kaedah Talalay yang lebih kompleks. Produk dibuat dengan kaedah Talalay umumnya lebih mahal tetapi memberi lebih kelembutan dan konsisten.
Selanjutnya: 5 Jenama Tilam Paling Top Tahun 2016!
4. Other Natural Fibers
Masih terdapat beberapa pilihan natural fiber lain termasuk linen, hemp dan sutera. Linen dan hemp bersifat breathable dan mempunyai tekstur indah untuk bedding yang cantik tetapi agak sukar didapati dan biasanya mahal. Material ini juga mengambil masa beberapa kali basuhan untuk dilembutkan. Manakala material sutera pula terkenal dengan kelembutannya, harga yang mahal, tidak selalu boleh dibasuh mesin dan mudah berkedut.
Ambil peduli: Periksa label atau dapatkan pengesahan manufacturers dan retailers fabrik untuk memastikan linen, hemp dan sutera yang mahu dibeli adalah bebas rawatan kimia Untuk sutera, dicadangkan pilih “peace silk”, sutera yang dihasilkan tanpa membunuh ulat sutera.