Home Sentuhan Silap Mata Pada Ruang

Sentuhan Silap Mata Pada Ruang

by

Ruang Tamu
Ruang tamu, sering menjadi kunjungan tidak kira masa. Masalah ruang sempit, kurang tempat duduk dan tidak nyaman pasti menjadi persoalan jika ingin menerima kunjungan. Mengambil langkah tanpa mengeluarkan belanja yang banyak pasti menjadi pilihan.

 st-concept-rr
imej dari: ST Concept Design

Sering membuka jendela untuk memberi sistem pengudaraan secukupnya, masalah haba panas dan kedap akan berkurangan apabila mempunyai udara secukupnya. Gaya santai lebih selesa untuk menyambut tetamu datang. Jika ruang tersebut hanya terhad untuk beberapa buah kerusi sahaja itu tidak menjadi masalah besar. Tambahkan dengan bantal berukuran 30×30 inci mengikut kesesuaian ruang tamu mampu membuat tetamu rasa lebih santai bila berada di ruang itu.

Tambah warna segar dan damai untuk ruang lebih selesa. Pilihan warna dinding amat penting untuk ruang tamu yang cantik. Pilihan kelompok warna pastel masa kini amat sesuai untuk cita rasa lebih tenang. Suntikan kemasan lembut yang bersesuaian tema kediaman mampu menaikkan lagi karya seni ruang tersebut. Kusyen hiasan dengan pilihan warna dan corak menarik mampu mencuri perhatian jika bijak mengenakannya. Gayakan lampu terendak pada sudut bersesuaian, dapat menyuntik ketenangan bila dinyalakan pada malam hari. Ambal, hiasan paling penting untuk menaikkan seri sesuatu ruang itu, pemilihan permaidani yang tepat mampu melahirkan ruang kelihatan lebih mewah.

Laluan
Lazimnya, pemilik hanya membiarkan dinding laluan kosong tanpa bicara seni. Apa salahnya, jika tambah dengan gantungan gambar keluarga berbingkai bagi mengimbas memori, sesekali sekala dengan gambar pemandangan. Gantungan cermin juga mampu memberi ilusi berbeza mengikut cita rasa. Laluan dari satu ruang ke ruang lain, laluan tangga dan sebagainya mampu diinspirasikan dengan baik.

joyfurnitureads

Dapur
Ruang ini sering menjadi ruang sandaran, jangan sesekali mengambil lewa untuk memperindahkannya. Bukan susah untuk mengubah ruang dapur milik peribadi untuk kelihatan lebih segar dan menarik, malah ruang ini mampu mengambarkan sifat pemiliknya. Amalan membersih ruang dapur adalah perkara utama bagi memastikan dapur berada di dalam keadaan segar sentiasa.

Di sinilah mulanya hidangan istimewa dihasilkan, jika ruang ini kurang menarik dan tidak memuaskan, pasti tiada selera untuk menikmati hidangan. Pasang penyembur wangian segar automatik pada ruang dapur agar mampu mengurangkan bau kurang enak.

Simpan perkakas yang kurang digunakan di tempat bersesuaian. Elak meletak makanan yang tidak habis di atas kabinet dapur, simpan di dalam gerobok makanan bagi menjamin kebersihan pada hidangan.

mode-rr
imej dari: Mode Interior Style

Ruang Makan
Binaan kediaman masa kini sering meletakkan ruang makan dan tamu pada pelan lantai yang sama. Tambahkan pemidang jika ingin membezakan di antara dua ruang ini. Namun jika langkah ini mampu menjadikan ruang kelihatan sempit, elakkan tambahan pemidang. Tidak salah jika ruang makan dan ruang tamu berdekatan, cipta ruang tersebut dengan konsep lebih terbuka untuk memberi impak luas pada ruang terhad.

Jika memiliki ruang makan berasingan, ini satu bonus buat pemilik rumah, kerana mampu menghasilkan ruang tersebut supaya kelihatan lebih eksklusif dan menarik. Ingat, ruang ini juga sering menjadi tumpuan ramai kerana disinilah tempat mengisi perut yang kosong. Tukar alas dengan pilihan warna dan corak lebih ceria bagi menyuntik seri ruang. Hias meja dengan jambangan bunga segar, turut beri inspirasi.

Acap kali mendengar cermin mampu memberi ilusi lebih luas untuk ruang terhad. Pilihan ini mungkin sesuai untuk ruang makan kali ini. Gantungan gambar hiasan berbingkai juga amat sesuai untuk memberi kelainan.

jashen-dining-rr
imej dari: Jashen Interior Design Sdn Bhd

Bilik Tidur
Bilik tidur adalah ruang peribadi yang memerlukan penjagaan rapi, tidak kira berapa keluasan ruang bilik tersebut. Bauan segar amat penting dalam kamar, pilihan bauan seperti Lavender atau Chamomile mampu meredakan tekanan. Sesekali mengenakan rekaan sarung cadar dan bantal yang berbeza pasti membangkitkan suasana baru. Pemilihan lampu dalam kamar juga amat penting, elakkan memasang lampu yang terlalu terang kerana ini boleh menganggu emosi waktu tidur.

nu-infinity-bedroom-rr
imej dari: Nu Infinity Sdn Bhd