Home Sahur Ke Iftar

Sahur Ke Iftar

by

Ramadan sudah bermula. Rutin harian muslim akan berubah, bangun awal pagi untuk bersahur. Rata-rata masa bekerja akan dipendekkan untuk pulang lebih awal bagi menyediakan persiapan berbuka.

Meski akan ada banyak restoran di luar yang menawarkan pakej berbuka namun berbuka di rumah lebih privacy bersama keluarga. Bulan ini, ruang makan menjadi bertambah penting. Waktu berbuka menjadi waktu dinantikan terutama anak masih kecil yang baru belajar berpuasa. Barangkali satu jam sebelum berbuka mereka sudah mundar mandir di meja makan.

edisi-raya-ruang-makan3
imej dari: Inspireka Interior

Wake up bright
Keletah anak yang duduk di meja dengan mata tertutup pada waktu sahur adalah perkara biasa. Dalam situasi ini, persekitaran yang cerah amat memainkan  peranan untuk membantu menghilangkan mengantuk. Pemasangan cermin memantul kecerahan berganda.

Hiasan dan lukisan pada dinding memberi sesuatu pandangan untuk dijamah mata. Dinding kosong putih tanpa sebarang hiasan untuk fokus menjadi tidak menarik. Masukkan haruman ke dalam ruang ini untuk menyegarkan udara dan menghambat rasa mengantuk.

edisi-raya-ruang-makan
imej dari: Yong Studio Sdn bhd

In the meantime
Kembali tidur selepas waktu sahur sangat tidak digalakkan kerana penyebab tubuh menjadi semakin layu dan sakit kepala. Sebaik-baiknya isi masa diantaranya sebelum ke tempat kerja atau ke kelas dengan aktiviti berfaedah seperti membaca. Malah waktu subuh adalah waktu yang terbaik untuk belajar dan menghafal.

Dalam hal ini, meja makan berperanan menjadi perabot multitask. Alihkan hidangan selepas bersahur ke kaunter bar berdekatan. Sambil mengemas dan membasuh di dapur temankan anak membaca di ruang makan. Menggalakkan  mereka untuk mengambil air lebih banyak sambil membaca sehingga habis waktu sahur.

edisi-raya-ruang-makan2
imej dari: Surface R Interior Design

Time to breaking fast!
Suasana berbuka akan lebih terasa jika ruang makan berada di dalam kawasan berdinding kaca yang membuka pandangan ke arah luar. Bawa masuk atmosfera luar dengan pemasangan langsir nipis. Peralihan waktu senja pada bulan Ramadan memberi rasa yang berbeza bagi  kebanyakan Muslim yang tidak dirasa pada bulan bulan biasa.

Bulan ini mendekatkan Muslim dengan amalan mensyukuri rezeki serta nikmat masa lebih dari selalu.  Ahli keluarga berkumpul di meja makan sementara menunggu azan berkumandang.  Indahnya suasana berbuka jika dapat menikmatinya sambil melihat matahari semakin terbenam dan langit beransur gelap.

edisi-raya-ruang-makan1
imej dari: SQFT Space Design Management Sdn Bhd

RRenovation akan berkongsi lebih banyak edisi raya kepada anda! Stay Tuned! Untuk edisi raya, sila layari RRenovation laman web!