Segi Empat Sama
Jika mempunyai ruang makan yang cukup luas, meja persegi boleh menjadi tambahan yang dramatik dan juga boleh menampung lebih banyak orang sehingga 16 pax. Bagi mengelakkan meja berbentuk segi empat sama ini kelihatan kaku di tengah ruang, imbangkan sudut persegi meja ini dengan sesuatu di tengahnya. Contoh semangkuk buah-buahan, bunga segar, ataupun hiasan arca yang cantik.
Direka oleh | Mode interior Style
Direka oleh | Moonlit Inspiration Sdn Bhd
Bulat
Meja bulat adalah pilihan terbaik bagi mereka yang mahu menggalakkan keakraban dan perbualan di kalangan keluarga dan rakan-rakan sewaktu menikmati hidangan bersama. Setiap orang boleh berbual dan mendengar satu sama lain dengan lebih selesa dan menggalakkan eye contact yang lebih adil. Malah hidangan lebih mudah untuk dicapai semua orang. Bandingkan dengan situasi sewaktu kita mengahdiri majlis makan malam di meja segi empat tepat di mana kita terperangkap dan terhad hanya boleh berbual dengan indicidu di sebelah sahaja. Sebaliknya meja berbentuk bulat lebih menggalakan interaksi dalam kumpulan lebih ramai. Jika mahu memuatkan lebih daripada empat orang di sebuah meja bulat, ambil sekurang-kurangnya meja bersaiz 60 inci diameter.
Direka oleh | IDS Interior Design Sdn Bhd
Direka oleh | Nu Infinity
Segi Empat Tepat
Sebuah meja segi empat tepat adalah pilihan konvensional namun tetap ideal dalam ruang moden. Meja segi empat tepat seperti ini bukan sahaja boleh menampung lebih jumlah ramai, tetapi juga beraduk dengan harmoni dalam ruang kerana bentuknya selari bersama dimensi pulau dapur lebih lagi jika ditempatkan berhampiran binaan dinding kaca dan pintu gelangsar yang lebar.
Jika meja ini diletakkan sekitar sudut cerah atau dipenuhi cahaya, ruang makan akan menjadi tempat yang lebih menarik untuk menuikmati secawan teh pada petang hari, membaca akhbar atau membawa laptop bekerja di sini.
Direka oleh | Hue Art Design Sdn Bhd (WE By B)
Direka oleh | Yong Studio Sdn Bhd