Berdekad lamanya, masyarakat kita menerima tenunan permaidani sebagai satu bentuk paparan kesenian dalam rumah malah pengaruh yang dibawa dari budaya negara timur tengah seperti Iran, Turki dan Pakistan ini telah menjadi sebahagian dari budaya dekorasi kita. Adanya permaidani membuatkan ruang tamu nampak lebih indah dan selesa. Baca 8 alasan ini kenapa perlu permaidani di rumah anda.
1. Keselamatan
Berjalan di permukaan lantai yang keras dan sejuk menyebabkan rasa tidak selesa pada kaki apatah lagi bagi ibu bapa yang sudah bersia. Permaidani menyediakan lapisan tebal untuk mengurangkan tekanan tapak kaki dalam masa sama mengelak kemalangan akibat lantai licin.
2. Ketebalan Permaidani
Formula mudah mengenal permaidani yang baik adalah semakin tebal satu permaidani semakin selesa dan sudah tentu semakin mahal harganya. Permaidani tebal biasanya ditenun menggunakan bulu haiwan, gentian jut atau campuran kedua-duanya. Bahan ini biasanya lebih tahan lasak selain rasa lembut pada sentuhan.
3. Jenis Permaidani
Permaidani dari sutera atau bulu biri-biri bersifar halus dan menepati selera bagi yang meminati hamparan gebu. Kenalpasti permidani yang halus buatannya melalui simpulan tenunan. Semakin banyak simpulan tenunan semakin halus penghasilannya. Bagi yang ada alahan atau asma, disaran menggunakan permaidani buatan tangan. Permaidani buatan tangan tidak berhabuk dan memerangkap debu berbanding permiadani tenunan mesin. Penghasilan pemaidani buatan tangan juga mengunnakan bahan pewarna dan pencelup berasakan tumbuh semula jadi menjadikan ia lebih selamat. Bulu tenunanya bukan sahaja lembut malah tahan lama dan tidak mudah tertarik atau rosak berbanding diperbuat daripada mesin.
4. Tempat Meletak Permaidani
Memandangkan ruang tamu adalah satu ruang yang bertrafik tinggi, permaidani berkepadatan tinggi lebih tahan lasak dan tidak mudah renyuk. Lihat pada jarak tenunan, permaidani berkepadatan tinggi dan berstuktur teguh mempunyai jarak tenunan yang lebih kecil.
5. Mengurangkan bunyi
Sifat sebagai penyerap bunyi menjadikan permaidani satu bonus tamabahn apabila diletakkan di ruang tamu yang juga menjadi ruang menonton keluarga.
6. Gaya Permaidani
Motif dan warna permaidani membantu menyempurnakan dalam ruang tamu. Pelbagai motif dan corak seperti jalur, abstrak, bunga dan pelbagai yang boleh diseuaikan dengan sebarang konsep rekaan dalaman ruang tamu. Jika mendiamani rumah yang terhad, tidak perlu rasa bimbang terhadap mitos permaidani akan menyebabkan ruang nampak sempit. Ambil permiadani bercorak ringkas atau plain dan berwarna polos.
7. Senang untuk dijaga
Satu tips mengenal permaidani berkualiti yang sering dilakukan oleh pakar adalah menggosok pelapik getah yang ada pada permaidani menggunakan ibu jari dan jari telunjuk. Jika ia didapati mudah renyuk dan kusut, ia adalah tanda permaidani tersebut bukanlah dari kualiti yang terbaik
8. Hiasan
Tidak hanya sebagai alas lantai, permaidani juga boleh dipaparakn sebagai hiasan pada dinding.