Zawara Coffee telah membuka pintu di kawasan kejiranan Bandar Kinrara menjadikan kafe ini hotspot penting untuk perjumpaan yang lebih chilled out. Pengunjung boleh memilih untuk makan-makan di bahagian dalam kafe yang luas atau menikmati hidangan di kawasan patio lebih terbuka sambil menonton sketsa dunia luar dan melihat orang lalu lalang.
Gaya kontemporari Zawara Cofee menjadikan kafe ini super fotogenik. Dinding bata merah dan rasuk berstruktur logam, meja kayu menghiasi ruang makan terbuka, melengkapkan rupa perindustrian yang bergaya. Hiasan secara umumya adalah minimum.
Melihat menu sahaja sudah membuka selera dengan begitu banyak hidangan untuk dipilih. Dari pelbagai hidangan barat, kopi terbaik hingga pencuci mulut untuk memenuhi keinginan menikmati manisan.
Spaghetti, burger dan hot-dog antara menu fast food yang diberi rasa baru di Zawara Coffee. Pilihan burger untuk dicuba termasuk Cheese Steak, Baconator Chicken, Beef, Pulled Ayam Percik, Soft Shell Crab dan Fish Fillet burgers. Bun buatan sendiri menjadikan ia lebih istimewa.
Manakala hidangan signature yang sesuai untuk dikongsi termasuk Singapore Red Lamb Shank. Lembut isinya dengan sos yang meleleh, lamb shank ini mempunyai rasa sedikit manis. Hidangan sampingan Parmesan Cheese & Italian Herbs Bread menjadi iringan serasi dinikmati hingga kunyahan terakhir. Roti yang dimakan solo juga agak lazat apabila ia dibakar sehingga perang keemasan yang sempurna.
Bagi penggemar pencuci mulut jangan lepaskan peluang mencuba dessert di Zawara Coffee. Ais krim, kek keju, mille crepes dan churros, untuk mencuba kesemuanya rasanya anda memerlukan beberapa kali kunjungan. Mahu pilihan pencuci mulut yang lebih ringan? Cuba Salted Caramel Mille Crepe. Jika mencari dessert yang kaya rasa ambil kek keju atau Sticky Date Pudding dan Chocolate Lava Cake.
Sudah tentu apabila memperkenalkan diri sebagai pakar penyediaan Kopi, Zawara Coffee memerlukan sesuatu yang unik untuk dirasa dalam setiap cawan kopinya. Kopi panas dan sejuk yang baru dibru dan dibancuh, peminat kopi mempunyai pilihan luas untuk menikmati kopi berbeza. Butterscotch Macchiato, Caramel Latte hingga Americano, aroma dan rasanya benar benar berbeza dan enak apabila dinikmati.
Jika anda mencari lokasi makan dan minum untuk pertemuan sama ada pertemuan singkat atau perjumpaan yang lama, aturkan pertemuan di Zawara Coffee untuk bersantai di hab bergaya ini.