Home RR Love: Lightcraft

RR Love: Lightcraft

by

Schema, sebuah perusahaan yang menghasilkan inovasi lampu merangkumi lampu gantung, lampu meja dan lampu lantai serta pelbagai rekaan aksesori, mempamerkan pelbagai pilihan reka bentuk mampan melalui penggunaan bahan asli dawai logam.

Dengan tangan-tangan mereka yang mahir, pasukan artisan yang berdedikasi menenun setiap reka bentuk dengan berhati-hati. Artis dan artisan yang berbakat menggunakan pelbagai jenis wayar logam untuk membentuk konsep yang rumit menjadi hiasan dalaman yang indah. Seni anyaman logam adalah sesuatu yang dibanggakan oleh Schema, yang datang dari pengajian dan pembelajaran selama bertahun tahun untuk menjadikan mereka master dalam seni permbuatan ini. Oleh kerana item Schema tidak dikeluarkan oleh mesin, produknya sentiasa tampil unik hasil sentuhan peribadi para petukang professional.

lightcraft-zattelite
Antara produk lampu gantung yang dikeluarkan adalah lampu gantung Spaceship yang datang dalam saiz besar, medium dan kecil berwarna Florentine White. Karya ini adalah ilham Anon Pairot, pereka terkenal yang berpusat di Bangkok. Pairot mendapat inspirasinya daripada industrial loaf, perasaan alami, struktur seni bina dan tekstil tropika dalam menghasilkan reka bentuk koleksi lampu untuk Schema.

lightcraft-military
Schema mencipta produk yang indah dan inovatif serta merekabentuk karya dengan penuh daya hidup, kecemerlangan dalam ketukangan, dan keterbukaan untuk berani membawa idea-idea baru. Melalui medium mudah dibentuk berasaskan dawai logam, petukang Schema menggembleng corak ringkas ke dalam bentuk yang kompleks. Setiap rekaan dianyam dengan teliti menggabungkan bersama seni dan kraf.

Dengan kerja keras dan integriti kreatif, Schema bersedia untuk menerangi dan menggembirakan lebih ramai orang dengan produk inovatif. Schema percaya bahawa perabot rumah harus lebih dari tujuan berfungsi. Maka, setiap rekaan direka untuk memberikan watak dan kehidupan kepada setiap rumah atau ruang yang menggunakannya.

Produk lampu gantung lain yang berada dalam senarai Schema ialah Urban Pendant Lamp, Curious Pendant Lamp, Busy Pendant Lamp, Studio Pendant Lamp, District Pendant Lamp, Section Pendant Lamp, Military Pendant Lamp, High Boy Pendant Large, Zattelite, Bahima Pendant Lamp, Tapas Pendant Lamp, Anahita Pendant Lamp, dan Macarena Pendant Lamp. Produk-produk ini didatangkan dengan warna kelabu, hitam, putih, terracotta dan tembaga.

lightcraft-honeycomb
Ségolène Aebi-Faye, pereka dan artis grafik Perancis-Switzerland yang obsesi pada alegori garis-garis, telah menyumbang kepada pengeluaran produk lampu meja dan lantai berkonsepkan wiry dan airy di bawah nama Cote Lamp dengan pilihan warna tembaga, gelap dan kelabu. Interaksi antara garis berlapis dan ruang yang rapat begitu hampir kepada keseimbangan surrealist menghasilkan lampu berdiri yang mempersona dan halus buatannya.

Jualan produk Schema telah memasuki pasaran global dengan usahasama pembekal dari Eropah, Amerika, Australia, Asia termasuk Malaysia sendiri. Kalendar tahunan ini diisi dengan penyertaan Schema ke acara acara penting seperti Events Maison Et Objet Asia 2015 di Singapura pada Mac serta Manila Fame di Manila Filipina pada Mac dan Oktober 2015. Di Malaysia, Schema boleh didapati di Lightcraft.

http://www.schemaproduct.com/
http://www.lightcraft.com.my