Home RR Love: KARE-zy Chic

RR Love: KARE-zy Chic

by

KARE (disebut ka-ray), jenama antarabangsa yang dikenali umum sebagai peneraju trend dalam industri perabot, kini semakin berkembang sejak pembukaan outletnya yang pertama di The Gardens Mall pada November 2013. kare

Hasil permintaan di luar jangkaan, kedai konsep kelengkapan rumah yang berasal dari negara Jerman ini kini boleh juga didapati di pusat membeli-belah 1 Utama, di mana outlet yang kedua ini lebih besar saiznya. Ia mempersembahkan konsep gaya hidup ceria dengan pelbagai jenis perabot, lampu, hiasan dan barangan cenderamata di ruang pameran berukuran 11,000 kaki persegi di Lot G117, Tingkat Bawah, Pusat Membeli-Belah 1 Utama, Selangor. kare-2

Berasal dari Munich, Jerman, KARE punyai lebih 1,500 barang perabot dan aksesori hiasan unik di ruang pameran kedua ini. Selain meraikan pembukaan outlet ini, kemuncak acara merupakan pembukaan kafe tema KARE yang pertama di Asia Tenggara. Melitupi kawasan bersaiz 1,600 kaki persegi, kafe yang sungguh chic ini dilengkapi seluruhnya dengan perabot, aksesori dan lampu dari KARE, di mana para pengunjung dapat menjamah kudapan dan kopi sambil berehat sebentar semasa membeli-belah.

kare-1

Falsafah KARE adalah untuk menawarkan barangan yang menarik minat pelbagai lapisan pembeli dengan barangan yang direka dengan baik dan punyai nilai kualiti yang tinggi serta harga yang berpatutan. Oleh itu, barangan KARE tidak direka dan dijual mengikut cara konvensional dunia perabot dan lengkapan. Sebaliknya, barangan syarikat ini direka bentuk dengan tujuan memenuhi kehendak individu-individu yang berbeza citarasa serta keperluan dengan lebih 12 jenis trend dan konsep perabot dipamerkan di kesemua outlet-outlet KARE di seluruh dunia.

kare.my