Jika kebanyakan orang selalu berubah minat, bagaimana pula dengan YB apabila diminta menentukan konsep yang diminati untuk mendekorasi rumah?
Situasi saya bila tiba masa mendeorasi rumah adalah minat yang berbeza daripada isteri. Saya sukakan elemen Oriental manakala isteri lebih suka gaya Scandinavian. Jadi kami ‘rojakkan’ gaya dalam rumah. Suai padan perabot yang dibeli untuk gandingkan dua gaya.
Pernah buat sebarang renovasi pada rumah?
Saya tinggal di rumah ini sudah lapan tahun dan belum pernah buat sebarang pengubahsaian. Mungkin juga saya akan buat sedikit renovasi kerana rumah sudah mula mengalami kebocoran. Jadi saya memerlukan khidmat kontraktor dan plumber.
Bakal menggunakan khidmat interior designer?
Setakat ini, saya masih belum terfikir untuk menggunakan khidmat ID kerana cukuplah bagi saya sebuah rumah yang sederhana. Sebenarnya, tidak banyak masa saya berada di rumah. Jika pulang dan ada sedikit kesempatan, biasanya saya akan meluangkan masa di kawasan kerja dan menghabiskan masa dengan membaca. Kawasan ini saya susun atur sendiri dengan hanya meletakkan barang sewajarnya.
Jika mengubahsuai rumah, perkara yang akan diutamakan?
Elemen kehijauan akan menjadi keutamaan apabila saya mengubahsuai kediaman. Menagapa saya sukakan unsur ini kerana apabila sesebuah kawasan mempunyai pokok hijau dan bunga, atmosfera kediamanan akan lebih segar, sejuk dan berdaya hidup.
Kawasan tempat tinggal yang baik menurut YB?
Bagi saya kawasan yang paling baik untuk dijadikan tempat tinggal negara ini adalah kawasan yang dikelilingi kehijauan. Saya sukakan kawasan hijau dan subur Bukit Tunku. Saya juga sukakan persekitaran seperti Carcosa Seri Negara. Minum kopi disana sambil melihat kawasan sekitar yang hijau, ia adalah sebuah bangunan colonial yang menarik dalam landskap tropika yang menenangkan!
Apa pandangan YB tentang pembangunan kawasan perumahan dan petempatan di Malaysia?
Pemaju sekarang dalam kebanyakan projek, mereka memanfaatkan setiap inci ruang untuk pembinaan dan mengutamakan saiz serta keluasan rumah, dan mengenepikan ruang untuk mewujudkan kawasan hijau dan taman. Secara peribadi bagi saya ia mengurangkan nilai hartanah terutama bagi yang mencari ruang untuk mewujudkan taman. Namun ada juga pemaju seperti projek pembandaran baru Kajang Country Height yang mengambil kira ruang untuk persekitaraan hijau dalam pembangunan perumahan mereka. Ia adalah satu usaha yang bagus untuk menyediakan ruang lingkup hidup berkualiti dan sejahtera untuk komuniti setempat.
Dalam pertemuan singkat ini, YB Senator menyatakan hasratnya untuk melihat Malaysia mempunyai identiti tersendiri dalam dunia rekaan dalaman. Katanya “Seperti kebanyakan negara lain antaranya Jepun yang dikenali dengan konsep Zen, Indonesia dengan konsep bali, negara nordic dengan identiti Scandinavia, negara kita juga seharusnya mempunyai satu identiti rekaan dalaman yang melambangkan Malaysia”. Anak kelahiran Negeri Sembilan memberi contoh senibina “Jika kita ke Nilai, kita boleh melihat indahnya budaya apabila diterjemahkan dalam seni bina, seperti rumah Minangkabau, atau jika menziarahi Masjid Negara dengan keunikan bumbung payung kertas, Alangkah bagusnya jika kita dapat melakukan hal sama dalam dunia rekaan dalaman”