Home RR ikon: Inovasi Pereka Muda

RR ikon: Inovasi Pereka Muda

by

Antaranya menyertai pameran perabot terbesar dunia, Milan International Furniture fair (Salone Satellite) serta beberapa pameran luar negara, dan baru ini, ikon pereka ini menerima pengiktirafan Best Invention of The Year di British Invention Show.

rr-ikon-shahrul-anuwar

Sejak bila mula terlibat dalam kerjaya pereka perabot?
Saya mendapat Diploma dan Ijazah dalam Reka Bentuk Perindustrian kemudian menyiapkan Master in Design Technology (Industrial Design), Universiti Teknologi Mara. Rekaan pertama untuk custom furniture ialah sekitar 2007. Pernah bekerja sebagai pereka di syarikat swasta pada 2009 sebelum bekerja sepenuh masa sebagai pensyarah di Universiti Sultan Zainal Abidin. Kini menghasilkan rekaan secara freelance sambil mengajar, dan merupakan Pereka Tanggam™ Design Studio yang aktif mempamerkan dan menjual rekaan perabot dan produk.

Sehingga kini, berapa banyak jumlah rekaan perabot dihasilkan? Rekaan mana paling dibanggakan?
Sebagai Pereka, saya sentiasa mengemas kini portfolio dengan rekaan baru, namun untuk menyatakan jumlah, sudah tidak dapat dikira. Rekaan siri KONA™ merupakan salah satu rekaan agak istimewa bagi saya, ia memenangi beberapa anugerah, dan saya sedang berusaha membangunkannya untuk pergi lebih jauh.

Selanjutnya: Langkah Seorang Pereka

Ada special signature dalam setiap rekaan Shahrul?
Gaya rekaan banyak bergantung pada klien dan jenis projek. Namun untuk projek peribadi, saya gemar menggayakan produk perabot dengan suntikan elemen budaya dan reka bentuk mapan. Kebelakangan ini, saya banyak menggunakan material kayu tropika, kolaborasi bersama Malaysian Timber Industry Board.

rr-ikon-shahrul-anuwar-2

Berapa lama mengambil masa mengembangkan idea sehingga menyiapkan sesuatu rekaan?
Proses reka bentuk sebenarnya merangkumi kajian, perkembangan idea hingga prototyping & testing memang mengambil masa agak lama. Masa diambil agak berbeza bergantung kepada projek dan maklumat yang ada pada Pereka sebelum boleh melakukan lakaran perkembangan idea. Proses perkembangan idea ideal bagi saya boleh dikatakan dalam jangka masa tiga bulan sebelum melakukan proses prototaip dan testing. Reka bentuk akhir juga selalunya akan ditambah baik demi mencapai produk lebih sempurna.

Kongsikan tentang projek terbaru, bagaimana pemilihan bahan dan warna dibuat?
Projek terbaru ialah kolaborasi bersama Pereka dari Itali & Belgium di bawah Professional Designer Programme (PDP) anjuran MTIB dan MFPC. Pemilihan material dan warna banyak bergantung kepada penerangan arah reka bentuk yang diberikan oleh klien dan perbincangan dengan pereka lain dalam projek tersebut.

Dalam pembuatan perabot, bahan apa yang dikira sebagai evergreen?
Material seperti hi-tech metal atau tubular steel digandingkan dengan upholsteri yang selalu digunakan oleh perabot era Bauhaus sentiasa relevan hinggga kini. Bahan seperti solid wood dan bendable wood juga sentiasa mempunyai pasaran dan pengikut tersendiri. Namun pada saya, pengunaan bahan lestari seperti buluh, biocomposite, reclaimed wood akan sentiasa digunakan oleh para pereka dalam gaya green design ini tidak akan basi.

rr-ikon-shahrul-anuwar-1

Bagaimana anda melihat trend pembelian perabot di Malaysia kebelakangan ini?
Pengguna di Malaysia sebenarnya berbeza dengan pengguna perabot di luar Negara yang menukar perabot mereka mengikut fesyen dan gaya rekaan terkini. Jadi jangka hayat penggunaan perabot di Malaysia agak tinggi. Namun, kini kita dapat lihat pengguna sudah mula mengutamakan kualiti dan bukan sekadar kuantiti sahaja. Rekaan dan estetik juga memainkan peranan dalam pembelian perabot. Ini dibuktikan melalui kejayaan IKEA di Malaysia sehingga berjaya membuka gudang jualan kedua.

Apa kata anda tentang kerjaya sebagai Pereka perabot di Malaysia?
Pereka perabot di Malaysia ialah kerjaya yang berpotensi besar dan penting dalam memacu Negara berinovasi. Pada masa kini, design lireacy semakin meningkat dalam kalangan rakyat dan permintaan untuk rekaan yang lebih baik semakin bertambah. Kita merupakan antara pengeksport perabot utama dunia namun masih lagi perlu bergantung kepada produk Original Equipment Manufacturing (OEM). Oleh itu, kita memerlukan lebih ramai Pereka untuk menggalakkan industri berasaskan Original Design Manufacture (ODM) dan menghasilkan produk global rekaan tersendiri.

Selanjutnya: Perintis Seramik Generasi Baru

Nasihat kepada Pereka muda untuk berjaya dalam bidang ini?
Pereka muda perlu progresif dan sentiasa berkarya untuk menjadi lebih baik. Sebagai pereka, kita perlu sentiasa bersemangat dengan apa yang dilakukan. Pereka ialah penyelesai masalah untuk orang lain dan mencipta peluang daripada permasalahan. Semoga lebih banyak studio dan firma reka bentuk akan mewarnai arena kreatif Negara.

objek.my/index.php/pereka/shahrulmy