Anda mungkin menerima kunjugan tetamu secara mengejut bila-bila sahaja atau anda juga mungkin berniat untuk mengundang rakan dan saudara berkumpul di rumah anda. Dalam gembira untuk menyambut tetamu satu perkara yang perlu diberi perhatian adalah apa yang boleh membuatkan tetamu berasa selesa sepanjang berada di kediaman anda.
Campuran Gaya
Direka oleh | ST Concepts
Modern Urban dan gaya eklektik adalah rekaan utama ruang tamu ini. Apa yang menjadikan ruang ini kelihatan mengundang adalah dari sentuhan silap mata pereka dalam mengabungkan elemen bahan dan warna tanpa merosakkan penampilan ruang. Kayu mempengaruhi kebanyakan kawasan ruang tamu seperti penggunaan perabot kayu menyuntik gaya abad pertengahan. Manakala, lantai marmar putih yang dipasang diseluruh lantai ruang, memberi kesan rapi, luas dan sejuk. Kolaborasi dua elemen ini mencetuskan keseimbangan untuk keselesaan tetamu.
Konsep rekaan juga mempengaruhi mood tetamu dan tuan rumah. Bagi ruang tamu ini, pereka menyuntik kesan retro moden dengan bantal hiasan berwarna biru menjadi penyeri sofa dua tempat duduk bersaiz besar, manakala kerusi tambahan tidak dilupakan dengan kusyen hiasan berjalur. Hamparan permaidani kelabu pebble-like menekankan konsep retro moden mampu membuatkan tetamu berasa segar, muda dan cool!
Ruang Hidup
Direka oleh | Mode Interior Style
Ruang tamu Canary Residence ini adalah salah satu model ruang tamu yang memberi rasa damai tatkala berada di dalamnya. Reka bentuk dalaman dilakukan oleh dua pereka dari Sachi Interior Design Sdn Bhd, Jessica Cheah dan Tennyson Chia.
Dalam ruang tamu berkonsep Quintessential Chic ini, pereka memasukkan mood ke dalam keseluruhan ruang dengan campuran warna bumi lebih gelap dan terang, kombinasi warna ini mewujudkan interaksi antara perabot serta rekaan. Manakala, bidai mengawal jumlah cahaya yang masuk terus melalui tingkap di samping mewujudkan lebih privacy.
Direka oleh | Sachi Interior Design
Menariknya tentang ruang ini ironi dengan konsep rapi yang selalu diketengahkan, pereka memasukkan sedikit elemen bersahaja secara kreatif untuk mewujudkan sebuah ruang yang hidup dan tidak terlalu kaku. Sehelai fabrik serta bantal sofa dibiarkan bersepah di atas satu bahagian sofa tampak lebih santai. Ia adalah salah satu teknik untuk mendorong tetamu berasa seperti di rumah sendiri. Manakala, dua ottoman berbentuk dadu menyediakan tempat duduk tambahan untuk keselesaan.
Tips: Masukkan dekorasi tambahan bersifat hidup seperti lukisan beRunsurkan pemandangan mahupun figura, untuk mewujudkan daya hidup dalam ruang tamu
yang mengundang.
Hubungan Lebih Akrab
Direka oleh | Turn Design Interior
Perbualan dan komunikasi untuk mengeratkan hubungan adalah satu sebab penting mengapa anda menjemput tetamu tertentu ke rumah. Maka, jadikan ruang tersebut lebih mesra-tetamu dan selesa untuk berbual. Berakarkan konsep moden elegan, ruang tamu ini direka dengan sempurna untuk menerima kunjungan. Pereka dari firma Architiro, Carol memberi penekanan kepada keperluan mewujudkan ruang tamu yang selesa untuk perbualan.
Set sofa disusun mengelilingi meja kopi kaca dalam jarak jangkauan yang selesa. Satu unit ottoman biru ditempatkan tidak jauh dari meja kopi dan sofa, membentuk petak kawasan perbualan lebih mesra. Permaidani kelabu henyak sebagai kemasan lantai di kawasan ini memberi keselesaan pada kaki. Bantal sandar pada sofa campuran warna biru, kelabu dan kuning cerah, menyuntik warna tenang.
Direka oleh | Architrio Design
Selain menggunakan langsir siang untuk membawa masuk cahaya semula jadi, pereka juga menambah langsir malam untuk mengawal jumlah cahaya pada masa tidak diperlukan, tatkala ingin rasa lebih privacy sewaktu menonton di ruang ini. Lampu sorot yang dipasang dengan pemalap membantu cipta suasana menonton sempurna.