Home RR idea Ruang Tamu: Reinkarnasi Retro

RR idea Ruang Tamu: Reinkarnasi Retro

by

Pada asasnya, gaya retro dalam reka bentuk dalaman boleh digambarkan sebagai mengambil sedikit daripada gaya beberapa dekad yang lalu kepada masa kini untuk mewujudkan gaya baru yang moden dan menyeronokkan. Tidak ada standard spesifik malar yang boleh digambarkan sebagai retro namun tidak susah untuk mengenali dekorasi retro apabila melihatnya.

Cetakan Geometri
rr-idea-ruang-tamu-retro
Direka oleh | Rouge Absolute via Apr

Corak geometri merupakan corak yang popular dalam konsep retro. Antara cetakan geometri yang popular ialah garisan, kotak-kotak dan ilustrasi gaya pop. Pereka telah menyesuaipadankan saiz geometri dengan baik berdasarkan saiz bilik ini, tidak keterlaluan besar dan tidak kelihatan tertindas. Skala geometri yang sesuai dan penyelarasan palet warna yang harmoni dalam ruang tamu telah mencetuskan gaya retro yang hebat!

Warna Nostalgia
rr-idea-ruang-tamu-retro1
Direka oleh | Stephanie Coutas via Apr

Retro – mengembalikan nostalgia gaya tahun lima puluhan selepas perang dan psikedelik enam puluhan yang menyaksikan penonjolan warna lebih cerah dan berani kemungkinan besar sebagai tindak balas kepada azab dan kesuraman peperangan empat puluhan. Skim warna berorientasikan buoyant yang menggambarkan pengharapan terhadap masa depan yang cerah seperti warna firus, jed, hijau pudina, merah jambu, merah ceri, kuning, biru, hitam dan putih memasuki arus perdana. Mengambil prinsip itu, pereka telah mengadunkan warna-warna tersebut ke dalam ruang tamu secara berpadu menyuntik kehangatan nostalgik tahun-tahun itu.

rr-idea-ruang-tamu-retro2
Direka oleh | Stephanie Coutas via Apr

Tips: Faktor pencahayaan memberi kesan terhadap material dan skim warn. Pencahayaan seharusnya boleh mendorng kepada penonjolan warna-warna cerah.