Home RR idea Ruang Makan: Rustic Revolution

RR idea Ruang Makan: Rustic Revolution

by

Gaya kedesaan yang santai semakin popular kini namun tidak bermakna tiada elemen elegan di situ. Malahan, tatarias moden dan kontemporari kini mampu mengangkat hiasan dan perabot ringkas dan minimalis menjadi sesuatu yang penuh personaliti kala digandingkan dengan butiran-butiran yang menampakkan pemilik kediaman sebagai seorang yang banyak mengembara, berpengetahuan tinggi dan cintakan kepelbagaian budaya. 

li-interior-mutiara-oriental
Direka oleh | LI Interior 

Tips: Jika mahu kekalkan kemodenan dalam rekaan dalaman, elakkan barang hiasan daripada terlalu eklektik. Satu atau dua elemen unik dan menarik, bila dipadankan dengan perabot yang sesuai, sudah memadai.

Selanjutnya: 6 Grand Dining Room To Inspire

Rest & Recharge
Ruang makan boleh diandaikan bagai kamar pemulih tenaga di mana sarapan pagi menjadi perangsang memulakan hari sementara makan malam merupakan waktu santai dan rehat bersama keluarga. Ideal bagi suasana ruang ini jika dapat muatkan kedua-dua tujuan. Tatarias yaag ringkas dengan skema warna yang terhad mengurangkan serabut mata memandang dan menenangkan minda. Tona neutral beri efek selesa walaupun berkonsep industrial.

orion-luck
Direka oleh | Orion Luck

idaman-villa
Direka oleh | Id Industries

Indoors/Outdoors
Perabot kayu atau yang berefek kayu sering dikaitkan dengan suasana rustic ambience, sudah tentu kerana ia menyuntik rasa desa yang autentik. Penggunaan kayu juga bagaikan secebis daripada alam semulajadi yang dibawa masuk ke kediaman sendiri melalui warna-warna dan teksturnya. Untuk tampak elegan dan mahal, warna yang lebih gelap dapat membantu. Ia juga memberi kontras yang menarik dilatari dinding berona cerah.

nu-infinity-setia-walk
Direka oleh | Nu Infinity

ids-interior-desa-park-city
Direka oleh | IDS Interior

Bagi yang punyai ruang, set meja makan di balkoni atau beranda membekalkan suasana santai semasa menjamu selera. Agar perabot tahan lama, pastikan ia punyai kemasan yang tahan cuaca dan Kalis air.

Selanjutnya: Sebab 6 jenama LAMPU ini menjadi pilihan Malaysia!