Home RR Idea: Bilik Air

RR Idea: Bilik Air

by

Kombinasi kaca, cermin, marmar, dan palet monkromatik atau monotoni dengan faktor pencahayaan yang baik menjadikan sesebuah bilik air tampil sofistikated, elegan, moden dan kontemporari; ditambah pula dengan kreativiti hiasan dalaman dan sentuhan peribadi, bilik air boleh menjadi sankturi yang digemari.

bilik-air-inspireka
Direka oleh | Inspireka

Rekaan kompleksbilik-air-nu-infinity
Direka oleh | Nu Infinity

Rekaan ini tergolong sebagai sebuah rekaan yang kompleks. Pereka merekaletak tab mandi di samping ornamen replika human posture. Bekas tumbuhan ditempatkan di sisi tab, manakala  ros merah di dalam tab dan lampu siling yang memantulkan kecantikan jubin menonjolkan sisi mewah kepada ruang ini. Dilengkapi dengan skrin TV menepati idelisme ‘menyegarkan diri sambil berlibur’. Karpet berkualiti yang diletakkan pula bukan sahaja sebagai persediaan terhadap kemungkinan jubin licin, tetapi juga satu bonus untuk menghangatkan kaki selepas kesejukan.

Tips: Kompleksiti sebuah rekaan bilik mandi boleh ditangani dengan kreativiti susun letak yang bijak supaya tidak kelihatan semak.

Kontemporari Hitam Putihbilik-air-nu-infinity-1
Direka oleh | Nu Infinity

bilik-air-hny
Direka oleh | Hoe & Yin

Kabinet hitam, putih atau coklat dan berpanel adalah pilihan yang sesuai untuk konsep kontemporari. Hiaskan dengan bekas-bekas tumbuhan hijau untuk memberi kesan alamiah disamping kesesuaian sifat hijau itu sendiri yang sangat identik dengan kemodenan dan futuristik. Kehadiran bekas-bekas tumbuhan hiasan memberi kesan visual dan remedi yang menyegarkan pemandangan.

Tips: Beri sentuhan alam dan tumbuhan hiasan hijau untuk menyebarkan percikan suasana segar.