Home RR Diari: Samsung

RR Diari: Samsung

by

Samsung Electronics hari ini diumumkan berada di ranking ketujuh dalam pengikhtirafan “Best Global Brands 2016,”dengan nilai jenama sebanyak $51,808 juta iaitu peningkatan 14% berbanding tahun lalu.

samsung_gear ssamsung_edge

Samsung telah tersenarai dalam kedudukan Interbrand Top 10 untuk tempoh lima tahun terus menunjukkan pertumbuhan memberansangkan. Dalam sepuluh tahun yang lalu, Samsung mencapai pencapaian luar biasa sebagai sebuah syarikat global dengan pertumbuhan nilai jenama meningkat tiga kali ganda sebanyak 320%.

Tahun ini, Samsung melancarkan siri keluaran premium dalam perniagaan terasnya – telefon pintar, Televisyen, dan peralatan rumah, serta menjadualkan aktiviti pemasaran berorientasi pengguna untuk mengukuhkan jenama.

s7_black

Keputusan kewangan positif terhadap jualan Samsung juga dipengaruhi nilai yang dibawakan kepada kehidupan inovatif pengguna melalui produk pintar termasuk siri Galaxy, Gear VR, dan Gear S, dan perkhidmatan pembayaran mobile seperti Samsung Pay. Hasilnya Samsung mencatatkan pendapatan  kukuh pada suku pertama dan kedua tahun 2016.

samsung_tv

“Nilai jenama menjadi lebih penting dalam persaingan pasaran yang semakin hebat,” kata Naib Presiden Eksekutif Pusat Pemasaran Global Samsung Electronics Moon Soo Kim. “Samsung akan mengekalkan usaha pemasaran jangka pendek dan jangka panjang untuk memberikan yang terbaik kepada para pelanggan”

Pengikhtirafan Best Global Brands diperoleh melalui produk Samsung 837 di New York City.