Home RR Diari: Melangkaui Imaginasi dengan LG

RR Diari: Melangkaui Imaginasi dengan LG

by

LG Electronics Malaysia mencatat satu lagi sejarah apabila mencapai rekod untuk “Marathon Menonton Televisyen Tanpa Henti Paling Lama” dengan Malaysia Book of Records baru-baru ini. Pengumuman itu dibuat pada Siri Jelajah Beyond Imagination LG – satu acara yang menonjolkan aktiviti penciptaan rekod dan usaha monumental dari seluruh dunia.

lg-event-1

Lima orang rakyat Malaysia menyahut cabaran untuk menonton TV selama 48 jam dan berjaya mencatat rekod atas usaha mereka itu. Lee Jiin Aun (28), Chue Jia Hui (27), Loi Kah Hau (26), Tang Hoe Sing (25) dan Siow Shook Yien (22) menonton pelbagai program selama dua hari dua malam secara berterusan dengan hanya berehat selama lima minit pada setiap jam.

Cubaan itu disempurnakan pada awal bulan ini di dalam sebuah pangsapuri LG yang diubah suai khas. Ia dipasang dengan LG OLED TV yang telah memenangi pelbagai anugerah. TV itu dikenali kerana kualiti gambar hitam yang sempurna, mesra terhadap mata penonton dan reka bentuk tiada tandingan. Usaha itu juga membuktikan usaha LG dalam menggalakkan keluarga menghabiskan masa bersama dan pada masa sama menikmati kualiti gambar yang jelas tanpa meletihkan mata penonton.

“Kami amat berbangga atas kejayaan menamatkan cabaran ini. Ia jelas menunjukkan semangat dan motivasi sebenar generasi muda kita. Bukan itu sahaja, LG OLED TV terus membuktikan bahawa ia merupakan peneraju dalam teknologi paparan apabila berjaya memecahkan rekod di peringkat tempatan dan antarabangsa. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Malaysia Book of Records atas bimbingan mereka dalam memastikan semua peraturan dan syarat dipatuhi sepanjang proses pencipataan rekod ini,” kata Pengarah Urusan LG Electronics (M) Sdn. Bhd., David Oh.

lg-event-2

LG OLED TV disifatkan sebagai “Kategori Televisyen Serba Baharu” dalam industri elektronik kerana teknologi paparan luar biasa, reka bentuk tersendiri dan kontras warna yang sempurna. TV itu ditingkatkan dengan teknologi High Dynamic Range (HDR) yang menawarkan nisbah kontras tanpa had bagi memberikan kejelasan terbaik serta memastikan warna hitam dan warna-warna terang yang sempurna. LG OLED TV telah menerima Anugerah Inovasi pada CES 2016 kerana paparannya yang mengagumkan. Sekali gus menjadikannya sebuah pilihan di dalam setiap ruang tamu.

LG juga menganjurkan inisiatif-insiatif memecahkan rekod lain melibatkan segmen Perkakasan Rumah. Baru-baru ini, LG bekerjasama dengan penyusun kad profesional, Bryan Berg untuk menunjukkan kestabilan mesin basuhnya. Cubaan Berg untuk membina Rumah Kad Paling Tinggi pada bahagian atas mesin basuh LG ketika motornya bergerak pada kelajuan 1,000rpm berjaya disempurnakan dan disahkan oleh Guinness World Records. Ia sememangnya satu kejayaan yang besar dengan binaan kad itu mencatat ketinggian 3.3 meter dan mempunyai 48 tingkat.

Mesin basuh LG TWIN Wash™ membolehkan pengguna untuk membasuh dua kumpulan baju kotor pada masa yang sama. Dengan mesin basuh mini yang menjimatkan ruang dan dipasang di atas kekaki, tempoh kitaran secara keseluruhannya dapat dikurangkan menerusi dua kitaran basuhan yang dilakukan serentak di dalam kompartmen berasingan. Sistem TWIN Wash™ membolehkan pengguna mengasingkan pakaian mereka – kain lembut daripada baju biasa, pakaian putih daripada pakaian berwarna, baju yang benar-benar kotor dan baju biasa. Melalui fungsi TurboWash, kitaran cucian dikurangkan kepada 45 minit, seterusnya menjadikannya teman terbaik untuk mereka yang sentiasa sibuk menjalani aktiviti harian. Euromonitor International memperakui mesin basuh LG sebagai Jenama Perkakasan Membasuh Pakaian di Rumah No. 1 di dunia (kecuali China) untuk dua tahun berturut-turut iaitu 2014-2015.

lg-event

LG terus menongkah arus apabila bekerjasama dengan pemanjat profesional, Sierra Blair-Coyle untuk membuktikan kuasa kanister vakum CordZero™. Pemanjat profesional yang juga juara dua kali Amerika Syarikat itu memanjat tepi bangunan pada ketinggian 140 meter di Seoul, Korea Selatan menggunakan hanya dua kanister pembersih vakum LG yang diikat pada bahagian belakangnya. Usaha memanjat oleh Blair-Coyle jelas membuktikan kuasa sedutan pembersih vakum LG apabila beliau mampu menamatkan cubaan itu dalam masa kurang 30 minit.

Kanister LG CordZero™ dengan Smart Inverter Motor™ binaan dalam menawarkan prestasi penuh kuasa dalam kategori vakum. Ia juga menawarkan ketahanan dan kecekapan tinggi dalam saiz yang kompak. Secara puratanya, Smart Inverter Motor™ adalah 28 peratus lebih kecil, 24 peratus lebih ringan dan 13 peratus lebih efisien berbanding motor vakum konvensional. Ia juga dikuasakan oleh RoboSense™ – satu teknologi yang mengikut pergerakan pengguna ketika menggunakannya tanpa perlu menarik silinder di atas hosnya. LG CordZero™ telah menerima Anugerah reka Bentuk Red Dot “Best of the Best” 2015 di atas kecemerlangan rekaan dan prestasinya.

Siri Jelajah LG 2016 juga menampilkan inovasi-inovasi lain seperti SUPER UHD TV, pembesar suara rumah, peti sejuk, mesin basuh muatan atas dan hadapan, pendingin hawa serta banyak lagi.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila layari laman web: www.LG.com.my