Pengembaraan menjadi begitu selesa menaiki Motorhome. Umpama membawa sebuah rumah bergerak, Motorhome dilengkapi keperluan tempat tidur, dapur masak, almari pakaian, peti sejuk, tandas dan keperluan storage. Pakej pengembaraan Motorhome berharga RM1,990 ini turut dilengkapi jadual pengembaraan, insuran motorhome, kemudahan camp site serta khismat nasihat pelancongan oleh pihak RedSTILETTO Camper. Kos mengembara dengan Motorhome menjadi begitu murah berbanding pelan pelancongan biasa. Tiada kos hotel yang tinggi, kos penerbangan apatah lagi keperluan makan minum selama 6 hari disediakan dan dijamin Halal.
Kembara Motorhome mengutip pengalaman hebat sepanjang perjalanan dari Christchurch ke Queenstown, menikmati sepktakular indah bumi New Zealand, tasik, sungai, gunung ganang memutih ditutupi salji.
Lake Tekapo
Terletak 230 kilometer dari bandar Christchurch, Lake Tekapo menjadi lokasi perhentian pertama kembara. Tasik kedua terbesar di Selatan New Zealand ini meliputi kawasan seluas 83 kilometer persegi berketinggian 2300 kaki dari paras laut. Di sini juga terletak Gereja Good Shepherd dibina tahun 1872 antara paling popular dalam kalangan pelancong jika berkunjung ke pulau selatan ini.
Glentanner Mount Cook
Kembara Motorhome bermalam di Glantanner Campsite berlatarbelakangkan Mount Cook. Lokasi di pinggir kampung sangat sesuai untuk aktiviti star gazing. Bangun pagi keesokan bagi memulakan perjalanan, keindahan tapak camp site disinari mentari berlatarbelakanggunung dan tasik menghidang pemandangan begitu indah dan mengujakan.
Hooker Valley Track
Hooker Valley Track, salah sebuah trek paling popular di Aoraki/Mount Cook berjarak sekitar 45kilometer dari Glentanner. Pemandangan bongkah ais dan glasier di kawasan pergunungan. Ada landasan pejalan kaki membawa pengunjung sehingga ke lembah Hooker di mana terdapat sebuah jambatan merentas sungai Hooker dan berakhir di Tasik Glasier. Kebanyakan kawasan laluan di sini adalah rata, dan beberapa bahagian berbatu dan berlumpur dengan tiga jambatan ayun untuk tujuan menyeberang sungai.
Lidis Pass
Menghubungkan Lembangan Mackenzie dan Central Otago – Lindis Pass menjadi laluan paling dekat menuju ke Queenstown. Jika cuaca cerah, pengunjung boleh melihat dengan jelas pemandangan dramatiik gunung ganang di sekitarnya dengan puncak gunung dilitupi salji memutih.
Kawarau Gorge Suspension Bridge
Lokasi paling ditunggu oleh pemint aktiviti lasak. Antara aktiviti terkenal adalah bungy jumping. Yang pasti walau apapun musim, jambatan merentasi Sungai Kawarau berwarna biru turquoise ini sentiasa dipenuhi oleh mereka yang mahu melakukan lompatan bungy atau sekadar menyaksikan aktiviti lasak ini.
Queenstown
Queenstown merupakan destinasi kemuncak pengembaraan Motorhome di Pulau Selatan New Zealand. Bandar ini bukan sahaja dianugerahkan keindahan muka bumi, malah terkenal dengan pelbagai aktiviti lasak yang mencabar adrenaline antaranya Helikopter Ride. Menaiki helikopter dan melihat pemandangan gunung The Remarkable secara lebih dekat serta kawasan pergunungan dikelilingi tasik Wakatipu. Di sini juga pengunjung boleh merasai pengalaman mendebarkan menaiki bot berkuasa jet merentas canyon berbatu atau melakukan Ledge Swing di atas bukit Skyline Gondola, berayun 400 meter di atas bandar Queenstown.
Milford Sound
Sepanjang perjalanan ke Milford Sound, kembara Motorhome singgah di beberapa lokasi bagi berehat dan bergambar. Antaranya pekan Te Anau dan Tasik Mirror Lake. Sesuai dengan namanya, bayang gunung jelas dilihat di tasik tersebut. Singgah di Fiordland National Park pula, pengunjung menaiki cruise selama 90 minit menikmati pemandangan teluk berlatarbelakang gunung ganang. Perjalanan 15 kilometer ke lautan Tsman dari Dale Point ini menyajikan pemandangan beratus air terjun.
Moeraki Boulders
Berhenti di pusat tarikan pelancongan popular Moeraki Boulders, kembara Motorhome dapat melihat pemandangan unik pantai yang mempunyai batu berupa bebola besar, batu tersebut dikatakan terhasil daripada concreation yang terdedah kepada hakisan pantai yang kemudian terbentuk untuk menyokong pantai. Batu ini dikatakan terbentuk pada zaman purba dari dasar laut kira kira enam juta tahun lalu.
Christchurch
Hari terakhir pengembaraan, Kembara Motorhome tiba semula di Christchurch. Pernah menjadi bandar terbesar dan tercantik di Selatan New Zealand, malangnya setelah dilanda gempa bumi teruk tanggal 4 september menyebabkan kerosakan diikuti gempa kedua pada 22 Februari 2011. Kini selepas 6 tahun berlalu, bandar Christchurch umpama bandar hantu di mana kebanyakan bangunan masih tidak dibaiki akibat banyak gegeran susulan selepas itu.