Home RR Destinasi: Hotel Josef

RR Destinasi: Hotel Josef

by

Old Town Prague adalah kawasan yang kaya dengan elemen budaya, sejarah serta tradisi unik dan menarik. Old Town Square dan Charles Bridge sendiri merupakan struktur yang telah wujud sejak abad ke-14.  Merentasi Sungai Vltavasering, Old Town menjadi tuan rumah kepada artis dan pemuzik jalanan serta deretan gerai perhiasan, manakala Wenceslas Square pula adalah pusat perdagangan di mana kawasan ini diapit oleh kedai dan restoran mewah. Teater, galeri seni, dan muzik mendominasi aliran kreativiti di kawasan ini, manakala selera gastronomi akan tetarik oleh bau pastri Trdelník tradisional serta keju goreng yang menggoda rasa, mudah didapati di kawasan ini.

Hotel Josef Prag
imej dari: hotel josef via design hotel™

Jika mencari tempat persinggahan di tengah keindahan dunia seni ini, Hotel Josef adalah pilihan yang perlu diberi perhatian. Lokasi startegi, hanya beberapa minit berjalan kaki dari Charles Bridge dan Wenceslas Square, hotel ini adalah pilihan ideal bagi yang mahu mengalami keindahan Prague dengan lebih dekat.

joyfurnitureads

Bagaikan satu pengalaman terindah jika dapat menjejaki bandar ini, Hotel Josef merangkumi 109 bilik di bandar lama ini dibina dengan menggabungkan tradisi reka bentuk Czech abad ke-20 serta kawasan sekitarnya yang kaya dengan sejarah. Hotel Josef diubahsuai merangkumi ciri minimalis dengan comfort-bidding features. Membangkitkan dunia utopia moden putih, dari penggunaan kaca serta lingkaran tangga keluli sehingga  bukaan tingkap yang menghantar pandangan ke arah halaman Zen, tetamu boleh mengosongkan fikiran dan menenggelamkan deria ke dasar ketenangan apabila bersitirehat di hotel ini.

Hotel Josef Prag
Pengunaan kaca serta lingaran tangga keluli mencipta dimensi unik dan moden dalam hotel Josef.
imej dari: hotel josef via design hotel™

Pusat perniagaan dan gimnasium, sauna dan bilik urut melengkapi suasana sofistikated Hotel Josef menjadikan ia destinasi kegemaran di Prague.

Reka bentuk dalaman yang classy, efficiency dan luxury dapat dirasakan dengan kewujudan unsur mewah seperti kemasan lacquered dalam kamar yang diimbangi oleh pengaruh reka bentuk  yang lebih tenang dan santai. Kerusi Baleri serta kelengkapan hiasan daripada Philippe Starck di dalam bilik mandi adalah bukti Hotel Josef memberi perhatian  dalam aspek kelengkapan berkualiti. Setiap satu perabot mencipta campuran artistik dan mewah tanpa mengetepikan faktor keselesaan yang sudah tentu diharapkan oleh setiap tetamunya.

Terdiri dari tiga pilihan bilik, Signature adalah bilik penginapan paling luas 23 meter persegi dan bilik Superior berkeluasan 20 meter persegi dengan pemandangan menghadap jalanan dan taman. Manakala kebanyakan bilik Mini pula direka menghadap courtyard. Setiap bilik dilengkapi katil selesa, pemain DVD/CD, sambungan internet berkelajuan tinggi, meja menulis, peralatan bilik mandi, rainfall showerheads dan pengering rambut.

hotel-josef3
imej dari: hotel josef via design hotel™

Hotel Josef direka secara holistik agar dapat mengekalkan ciri tersendiri dalam seni reka bentuk dan hiasan dengan baik dalam keindahan Prague di samping mewujudkan persekitaran yang menenangkan bagi para tetamu.

www.hoteljosef.com