Pulau Bali menyimpan banyak kekayaan budaya dan warisan seni serta keindahan landskap spektakular yang mengagumkan. Destinasi paling popular di Kepulauan Indonesia ini menjadi pilihan terbaik kepada pelancong yang mahukan sebuah percutian tenang dan privasi yang hakiki. Pembangunan sektor pelancongan menyaksikan pertumbuhan resort penginapan gaya vila di Pulau Bali. Salah satu resort vila yang terkenal ialah bvilla.
Tiga resort vila, dibawah satu nama, bvilla terletak di Seminyak kira-kira 20 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali dan 15 minit ke Kuta dan Legian Downtown. Resort bvilla terdiri daripada tiga buah vila iaitu bvilla+spa, bvilla+pool dan bvilla+seaside.
Selanjutnya: Shanghai Dari Kaca Mata The Waterhouse
Bvilla+pool merangkumi binaan enam unit resort vila yang setiap satunya memiliki dua buah kamar tidur. Ruang tamu dengan pelan lantai semi terbuka di bvilla+pool dilengkapi oleh sepulau kerusi, meja bar dan set sofa yang kesemuanya adalah hasil anyaman rotan. Skema warna yang sama juga diadaptasikan untuk penataan bilik tidur. Dua buah pintu di hadapan dan di sisi bilik yang boleh dibuka luas memberi ruang kepada udara bebas keluar dan masuk. Segar! Itulah aromanya. Istimewanya kamar tidur ini kerana ia terletak betul-betul di hadapan kolam renang. Manakala katil pula disusunatur selaras dengan pintu dan berhadapan kolam itu sendiri.
Selanjutnya: 4 Jenis Tilam Baik Untuk Kesihatan
Pereka juga tidak mengabaikan faktor pencahayaan apabila memilih penggunaan cermin tingkap luas dengan birai yang terbuka bagi membolehkan cahaya semulajadi dari luar masuk ke kamar tidur. Lapang. itulah rasanya. Ditambah lagi dengan kemasan katil menggunakan fabrik putih. Tenang, tidak dapat dinafikan. Pada dinding di hujung katil, pereka meletakkan hiasan dinding dengan tona coklat dan oren serta dua buah lampu hiasan, manakala sebuah meja kayu dan kerusi rotan serta sebuah 60 channel LCD TV dan DVD Player diletakkan pada sudut dinding di hujung katil sudut bilik bagi tetamu vila yang mahu menonton, sambil berbaring di atas katil berhadapan kolam. Sempurna bukan?