Brizo®, iaitu jenama mewah menawarkan kepala pili dan kelengkapan kamar mandi dari Delta Faucet Company, memperkenalkan rangkaian produk Sotria™ dengan kepala pili, kelengkapan dan aksesori mandian yang diilhamkan konsep rekaan kontemporari gaya mid-century. Ciri menarik koleksi ini merupakan rekaan berteras bentuk segitiga dengan elemen seni bina moden, diilhamkan kisah hidup pereka utama Celine Garland yang banyak mengembara ketika sedang membesar di Asia. Koleksi Sotria™ terdiri daripada kepala pili tunggal dan pili bersusun luas, dengan paip pili terbuka atau tertutup, pili dipasang di dinding, juga pengisi tab mandi berdiri sendiri, pili tab jenis Roman dan paip bidet.
worldwide.deltafaucet.com/where-to-buy/index.html









