Home RR Design: M101 Mengubah Latar Pemandangan Kuala Lumpur

RR Design: M101 Mengubah Latar Pemandangan Kuala Lumpur

by

M101

M101 Holdings Sdn. Bhd bakal mengubah lanskap hartanah Kuala Lumpur dengan pengenalan sebuah projek seni bina terbaru, M101 SkyWheel.

M101-1

M101 SkyWheel, sebuah bangunan dua menara serba canggih bakal menempatkan Roda Ferris tertinggi di Asia Tenggara. Hiasan dalaman Roda Ferris  akan direka oleh  Studio berpengkalan di Eropah, F. A. Porsche yang juga dipertanggungjawabkan untuk mereka bentuk hiasan ruang dalaman serta suite peribadi eksklusif dengan tema bahagian hadapan bangunan unik itu.

Roda Ferris berkenaan turut ditempatkan di lokasi yang paling tinggi iaitu tingkat 52 memberikan pemandangan 220m dari atas tanah. M101 SkyWheel  bakal menawarkan pengalaman membeli-belah dalam pasaraya tertinggi dunia dengan kewujudan Skymall terletak di tingkat 48 hingga 52. Manakala, keluasan ruang niaga melebihi 200,000 kaki persegi, ini dijangka memberikan pengalaman unik kepada pengunjung dari seluruh dunia sambil menikmati pemandangan Kuala Lumpur, selain turut menempatkan Planet Hollywood Hotel penuh glamour, ruang niaga dan restoran mengagumkan bersama pelbagai kemudahan gaya hidup serta reka bentuk lanskap indah dipersembahkan.

M101 SkyWheel akan meneruskan usaha menjadikan Malaysia sebagai destinasi wajib dilawati yang dirintis oleh Menara Berkembar Petronas sebelum ini. Ia bakal menjadi satu simbol untuk meningkatkan pelancongan serta memantapkan perkembangan ekonomi Malaysia.

www.fb.com/m101group