Home RR Design: Kewpump HQ

RR Design: Kewpump HQ

by

rr_41_design_kewpump_hq_office

Bangunan dua tingkat dibahagikan kepada dua bahagian diantara halaman pusat. Di sini tumbuhan berbunga hidup subur mengisi ruang. Secara semula jadi bertindak sebagai aset yang memberi kelegaan dan menyejukkan fikiran saat bekerja dalam persekitaran kerja industrial dengan tugasan yang memberat.

rr_41_design_kewpump_hq_office_sideview

“Pihak Kewpump mahu kami mereka bentuk sebuah bangunan pejabat baru yang akan menjadi identiti korporat ibu pejabat syarikat yang terletak di Batu Gajah Perak ini” kata arkitek Kenny Chong.

Meneroka bangunan headquarters berkeluasan 16,146 kaki persegi, konsep seni bina luar biasa oleh Kenny Chong Architect & A3 Project Design Team ini menjadi gambaran Kewpump sebagai sebuah syarikat yang berjaya serta mempunyai pengurusan persekitaran kerja positif kepada pekerja.

rr_41_design_kewpump_hq_office_interior

“Pertama kali membincangkan tentang pemandangan luas yang boleh dilihat dari pejabat melalui susun atur pelan terbuka, ada kebimbangan tentang kemungkinan pekerja hilang tumpuan di tempat kerja kerana keterbukaan sangat luas” ujar Kenny. “Lalu kami memanipulasi pendedahan cahaya semula jadi serta landskap yang subur sebagai satu faktor yang menyumbang produktiviti pekerja dan meningkatkan tenaga positif  dalam persekitaran.”

Manakala, bagi mencapai imej korporat baru melalui seni bina, reka bentuk luaran yang menarik adalah penting. Di sini, arkitek memanfaatkan halaman pusat untuk mengaplikasikan konsep tersebut. Idea reka bentuk ini merangkumi penggunaan tenaga rendah dalam keluasan ruang 1,500 meter persegi, yang terdiri daripada dua sayap dengan central court di tengah bangunan.

rr_41_design_kewpump_hq_office_boardroom

Antara lain yang menarik perhatian ialah binaan tangga berlingkar direka daripada bahan berasaskan keluli dengan kemasan hitam matte bukan sahaja menjadi sambungan utama dua tingkat bangunan tersebut malah ia seperti satu bentuk arca yang meletakkannya sebagai ciri ikonik di centre courtyard.

www.archcubic.com