Saat menjelang Raya, ruang tamu tidak mungkin sunyi seperti hari biasa, di sinilah ruang sanak saudara berkumpul dan menikmati juadah enak bersama. Sahabat jauh dan dekat turut bertandang.
Ruang ini amat penting untuk mereka selesa. Maka tidak hairan jika ruang tamu menjadi ruang paling penting dan dititik beratkan penampilan pada setiap lebaran. Bagaimana persediaan anda menanti ketibaan raya Jun ini?

imej dari: Q1 Interior Concept
Sofa
Selain bersih dan indah berbanding hari biasa, susun atur perabot terutama sofa perlu lebih mesra tetamu. Mungkin sebelumnya tuan rumah gemar meletakkan set sofa di penjuru dan tepi dinding, namun sempena menyambut tetamu, apa kata ubah sedikit kedudukan sofa untuk raya kali ini.
Mempunyai ruang yang luas membolehkan set sofa disusun di tengah. Susunan ini memudahkan sesiapa sahaja untuk bersanatai beramai-ramai tanpa ada sekatan laluan. Namun begitu mempunyai ruang tamu terhad juga tidak menghalang tuan rumah menyediakan suasana selesa kepada tetamu asalkan bijak menyusun atur perabot.

imej dari: Turn Design Interior
Lebih dari biasa
Jika hanya ada satu meja kopi, pertimbangkan untuk menambah satu lagi meja tambahan atau meja sisi. Dengan begitu banyak jenis kuih muih serta biskut raya, tidak cukup sekadar satu meja kopi lebih lagi jika ia bersaiz kecil.
Begitu juga dengan tempat duduk. Jika hari biasa hanya diletakkan set sofa normal, sempena sambutan raya, kerusi tambahan seperti armchair, single sofa dan beg kekacang amat penting. Pencahayaan juga perlu dalam pentaan, jangan abaikan jika perlu tambah beli lampu kaki dan pasang pada sudut yang bersesuaian.

imej dari: ST Concepts Design
Warmth and beauty
Tidak terlepas pandang keperluan alas lantai. Baik dalam ruang tamu berkonsep klasik, tradisional, moden, minimalis, kontemporari atau apa sahaja, permaidani atau karpet menjadi nilai tambahan di kawasan petak atau bulatan sofa.
Tidak semua tetamu akan duduk di atas sofa, dalam kumpulan tetamu yang ramai, ada yang akan lebih selesa duduk di lantai terutama bagi mereka yang sudah biasa dan akrab dengan keluarga. Mungkin apabila tempat duduk tidak mencukupi atau mungkin kerana lebih dekat dengan hidangan biasanya bagi kanak-kanak, lantailah menjadi pilihan. Alas lantai dengan permaidani sempurna memberi keleseaan tetamu.

imej dari: Nice-Style Refurbishment Sdn Bhd









