Home Destinasi: Le Meridien

Destinasi: Le Meridien

by

rr_41_destinasi_le_meridien_presidential_suite

Telah selesai fasa terakhir pengubahsuaian memakan masa sepanjang satu tahun, Hotel Le Meridien kini tampil dengan pengisian baru dan segar, memaparkan persilangan motif melayu tradisional dengan gaya moden serta garis bersih, sejajar dengan misi Le Meridien untuk mendedahkan pengembara dengan pengalaman penginapan di luar jangkaan.

rr_41_destinasi_le_meridien_suite_room

Mengandungi komponen visual menarik dalam gaya moden artful, 420 bilik hotel yang baru diubahsuai merangkumi adukan jubin kelabu, marmar putih dan permaidani mewah dengan motif tradisional batik melayu dengan sentuhan kontemporari. Manakala pencahayaan ambient dan semula jadi menyerlah sorotan rona halus dan perabot walnut kayu. Setiap bilik dilengkapi signature katil meridian dengan bantal hypoallergenic dan selimut lembut memastikan pengalaman tidur mewah selain kemudahan asas televisyen skrin rata 48 inci, multiple usb power point dan akses internet berkelajuan tinggi.

Menawarkan spektakular segar termasuk pemandangan menawan Taman Tasik Kuala Lumpur dan City Skyline, terdapat lima pilihan kategori bilik bermula dari Deluxe Room, Premier Room, Club Room dan Suite Room hingga Presidential Suite. Manakala sebahagian besar landskap bandar Kuala Lumpur nampak menakjubkan melalui binaan tingkap kaca yang besar mampu di lihat terus melalui Premier Room.

Mentakrifkan gaya hidup mewah, Le Meridien Presidential Suite mengintegrasikan ruang tamu dan ruang makan serta menampilkan warna abadi dan karya seni vibrant. Suite yang selesa boleh menempatkan 10 orang untuk anjuran makan malam formal dan mesyuarat, turut direka pantry berasingan bersama minibar drawer, dilengkapi peti sejuk dan mesin kopi. Gaya kontemporari meliputi kamar tidur yang luas manakala bilik mandi En Suite direka bersama power jet rain shower dan jakuzi peribadi serta pemasangan televisyen.

rr_41_destinasi_le_meridien_premier_room

Lokasi strategik di tengah Kuala Lumpur Sentral, hotel ini mudah diakses melalui rangkaian sambungan kereta api bersepadu. Perjalanan ke lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA 2 hanya engambil masa 28 dan 33-minit perjalanan melalui KLIA Express.

Le Meridien adalah persingggahan pilihan sekitar banyak lokasi untuk dilawati. Antara yang berdekatan termasuk jalan sibuk Little India di Brickfields, Taman Botani Perdana serta lima minit dari pusat membeli belah Nu Sentral. Le Meridien menyediakan pintu penginapan ideal sebelum memulakan perjalanan meneroka Kuala Lumpur, mendekati budaya setempat, kemewahan kulinari dan lokasi menarik.

www.lemeridienkualalumpur.com