Home Berhibur dan Beramal di Red Box

Berhibur dan Beramal di Red Box

by

red-box

Pujian harus diberikan kepada sebuah pusat karaoke hiburan seisi keluarga, Red Box, yang aktif menjalankan kerja kebajikan dan kemasyarakatan sejak awal kemunculannya.

Meneruskan tradisi tahunan, Red Box & Green Box kali ini melancarkan kempen mengumpul dana bertemakan ‘Help For Kids’ untuk tabung kebajikan Red Energy dalam usaha membantu  kanak-kanak malang, susah dan terbiar di seluruh Malaysia melalui sumbangan wang ringgit.

Kempen ini mendapat sokongan dan kerjasama daripada sebuah syarikat pelancongan tempatan berasakan motorhome travel, RedSTILETTO Camper, serta pengeluar produk kecantikan dan penjagaan harian Aura White. Bermula 22 Mac hingga 5 Julai, pengunjung yang membeli beg amal ‘Help For Kids’ pada harga RM25 bukan sahaja memperoleh produk Aura White, CD, dan baucar Red Box yang kesemuanya bernilai lebih RM250 malah lebih menarik, pembeli berpeluang memenangi ‘percutian motorhome’ ke Perth Australia untuk 2 orang selama 6 hari 2 malam tajaan RedSTILETTO Camper serta barangan tajaan AuraWhite bernilai RM5,000.

Dari jualan setiap beg, RM10 akan disalurkan kepada tabung kebajikan iAMFAITHMEN Movement sebuah pertubuhan amal diasaskan oleh penyanyi terkenal tanahair, Faizal Tahir dalam menyokong program membela nasib anak terbiar seluruh Malaysia.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Karaoke Red Box, Michael Yong berkata “Kempen amal seumpama  ini sememangnya diadakan setiap tahun sama ada melalui projek berskala kecil atau besar dan kami gembira kerana berjaya mencapai matlamat tanggungjawab korporat kami sehingga kini”.

www.redbox.com