Home RR Tips: Buat 9 Perkara ini Sebelum Tidur

RR Tips: Buat 9 Perkara ini Sebelum Tidur

by

Ruang beradu di waktu malam, bilik tidur seharusnya merupakan santuari merehatkan badan di mana anda akan bangkit segar di waktu pagi. Namun jika keadaan waktu tidur tidak kondusif, tidur anda tidak berkualiti dan badan tidak dapat cas semula dengan efektif. Ketahui tip-tip yang boleh diamalkan agar dapat tidur nyenyak setiap malam dan mula amalkan malam ini juga! Good night!

1. Katil anda perlu seelok-eloknya betul-betul menghimpit dinding di belakang dan tidak berhadapan dengan sebarang pintu atau tingkap di hadapan. Ini dapat membantu anda rasa seimbang dan tidak menggangu perhatian anda ketika hendak terlena.

rr-tips-bilik-tidur-gusto-design

2. Pastikan tilam anda dalam keadaan baik dan tidak berketul-ketul di mana-mana. Setiap dua atau tiga bulan, terbalikkan tilam atau pusingkan ia supaya isi-isinya tersebar rata, kembali gebu dan tidak berlekuk mengikut badan. Mungkin sudah tiba masa untuk digantikan dengan yang baru jika sudah lebih 10 tahun ia digunakan.

Selanjutnya: 5 Jenama Tilam Paling Top Tahun 2016!

rr-tips-bilik-tidur-bantal

3. Gunakan bantal yang paling sesuai dengan posisi tidur anda. Bantal yang lembut dan gebu tidak semestinya yang terbaik untuk semua orang. Contohnya, bagi yang tidur mengereng, bantal yang lebih padat lebih sesuai kerana ia memenuhkan ruang antara kepala dan bahu, lantas memberi lebih sokongan dan tengkuk tidak bengkok. Yang tidur terlentang pula lebih sesuai dengan bantal nipis agar kepala tidak terlalu terangkat dan menyakitkan tengkuk.

4. Pasang lampu malap lebih kurang sejam sebelum tidur agar badan bersedia untuk berehat. Lampu putih yang terang akan membuatkan otak anda fikir yang anda tidak perlukan rehat. Dan tentu sekali, tutup semua lampu semasa tidur. Jika cahaya dari lampu jalanan di luar memasuki bilik, pasangkan langsir atau tirai tebal agar bilik menjadi gelap.

5. Kurangkan semak dalam bilik agar minda lebih tenang. Bilik yang tidak terurus dan terisi dengan benda-benda yang tidak diperlukan akan mengusutkan minda, walaupun ketika anda tidur di waktu malam kerana keadaan ini mempengaruhi fikiran bawah sedar anda.

6. Tukar kelengkapan bilik kepada warna-warna yang lebih cerah dan sejuk untuk mencipta suasana yang lebih tenang dan merehatkan. Antara warna-warna ideal di sini seperti warna-warna pastel dan rona-rona neutral seperti krim, kuning cair dan perang muda.

rr-tips-bilik-tidur-orion-luck

7. Simpan segala peralatan elektronik di luar bilik, atau sekurang-kurangnya padamkannya agar tidak menggangu tidur anda. Adalah lebih baik jika televisyen tidak diletakkan dalam bilik, begitu juga komputer, komputer riba, tablet dan sebagainya. Ayuh guna kembali jam loceng seperti sebelum zaman telefon pintar.

8. Tetapkan suhu yang sesuai, sama ada di pendingin hawa atau mengikut kelajuan kipas. Jika suhu terlalu sejuk pula, gunakan selimut yang tebal sedikit. Sedikit kehangatan dapat merangsang rasa mengantuk dan membantu anda tidur bagaikan bayi yang telah dibendung.

Selanjutnya: Vintaj & Musim Bunga

9.Untuk meningkatkan lagi kualiti sesi tidur yang baik, sembur wangian bilik atau pasangkan lilin aromaterapi dengan haruman-haruman yang menenangkan seperti lavender, mawar, vanilla atau mana-mana haruman kegemaran anda sejurus sebelum tidur. Kelengkapan katil seperti cadar dan sarung bantal boleh juga dicuci dengan pelembut wangi untuk menyahkan bauan yang tidak menyenangkan dan sebaliknya menyegarkan suasana.

rr-tips-bilik-tidur-bougie-infinie