Bilik yang rata-rata diolah secara gelap ini menggunakan katil putih yang diterangi dengan lukisan bermotif cerah serta karpet kulit kuda belang yang menjadi fokus di dalam ruang yang dikelilingi tona pekat. Campuran pelbagai tekstur dan motif juga memberi kelainan kepada paparan bilik tidur ini.

Direka oleh | Motto Design
Tips: Kertas dinding hiasan atau laminat member tekstur ringkas dan menarik kepada dinding paparan anda.
Classical Embrace

Direka oleh | Boon Siew Design & Build
Motif klasik dengan segera menampakkan unsur kemewahan. Diadunkan dengan palet keemasan, bilik tidur menghembus nafas keagungan yang sesuai sebagai kamar beradu. Seimbangkan elemen-elemen dramatik dengan langsir dan kain cadar katil sewarna.

Direka oleh | Boon Siew Design & Build
Tips: Sekiranya motif cukup dramatik, pastikan susun atur pelan dibiarkan ringkas untuk ruang yang teratur dan senang.
True Nature

Direka oleh | Regal Violet
Selanjutnya: 4 Jenis Tilam Baik Untuk Kesihatan
Serlahkan nafas mesra bahan kayu semulajadi di dalam bilik tidur dengan paparan mewah fabrik gebu lagi selesa. Pilih kemasan yang gilap untuk memberikan nafas glamor dan elegan yang diingini. Susun atur yang sistematik dan kemas juga menampakkan ruang yang lebih sofistikated untuk tatapan bersama. Pastikan juga pencahayaan terbit secara rata dengan keamatan cahaya yang sekadar mencukupi.

Direka oleh | The Roof Studio
Tips: Pabila mereka bentuk layout bilik tidur, tempatkan katil dan kemudian susunkan perabot lain secara perlahan-lahan.








