Home Meja Kayu Kekal Cantik

Meja Kayu Kekal Cantik

by

Meja makan kayu memerlukan perhatian lebih daripada sekadar mengelap debu sekali-sekala. Oleh kerana meja makan sering menjadi titik focal dan watak utama dalam dekorasi ruang dapur, maka penjagaan yang betul diperlukan supaya ia kekal dalam tempoh panjang di samping menjimatkan kos penggantian, lebih lebih lagi meja makan kayu memandangkan ia biasanya merupakan aset yang mahal.

THONET

Pereka: Thonet

1) PENCEGAHAN & PEMBAIKAN

Mencegah kerosakan adalah kaedah terbaik untuk menjaga meja makan kayu. Lap cecair dan tumpahan makanan sebaik sahaja ia berlaku. Elakkan meletakkan kuali panas atau barangan panas secara langsung di atas meja makan kerana ia boleh meninggalkan tanda terbakar pada kayu. Jika ada tanda terbakar, gunakan dry steel-wool soap pad, gosok dengan berhati hati untuk membuang kesan tersebut.

2) PERLINDUNGAN PERMUKAAN

Tutup meja dengan alas meja untuk melindungi permukaan atas dari sinaran ultraviolet. Letakkan pad permukaan meja di bawah alas meja bagi membantu mencegah calar dan tanda. Anda juga boleh membeli kepingan kaca untuk menutup bahagian atas meja makan bagi melindungi permukaan meja dalam masa yang sama mendedahkan estetika dekorasi kayu. Sesetengah pad meja juga bersifat liquid proof untuk melidungi permukaan daripada tumpahan.

floordepotads

3) MENGELAP DEBU

Gunakan kain yang lembut, bersih, basahkan dengan air untuk mengelap habuk. Gosok meja secara lembut kearah garisan wood grain. Jadikan mengelap debu tugas mingguan atau lebih kerap jika perlu.

4) BERSIHKAN KOTORAN

Bersihkan meja perlahan-lahan dengan sabun non alkaline dan water solution untuk membuang kotoran atau gris. Keringkan kayu serta-merta dengan kain yang lembut dan kering untuk mengelakkan kerosakan akibat air.

meja-kayu
                                                               Pereka: Nu Infinity Sdn Bhd 

5) KEKAL BERKILAT

Gilap meja makan kayu dengan carnauba wax setiap tahun untuk mengekalkan penampilan yang berkilat. Elakkan daripada menggunakan pengilat perabot yang mengandungi silikon, kerana ia boleh menyerap ke dalam wood grain dan merosakkan meja makan.

6) KELEMBAPAN UDARA

Tahap kelembapan yang ekstrem juga akan mempengaruhi ketahanan meja makan kayu. Kekalkan tahap kelembapan ruang antara 40-45% untuk mengekalkan kelembapan optimum dalam udara sekeliling meja makan kayu. Tahap kelembapan yang terlalu rendah boleh menyebabkan kayu retak, manakala tahap kelembapan yang lebih besar boleh menyebabkan kayu membengkak. Gunakan humidifier untuk meningkatkan tahap kelembapan rendah dan dehumidifier untuk mengurangkan kelembapan udara.

7) KAWAL SUHU

Suhu bilik yang tinggi boleh meyebabkan kerosakan kepada meja makan kayu. Jadi, tempatkan meja makan kayu jauh dari cahaya matahari yang masuk langsung kerana ia boleh menyebabkan kayu pudar dan retak. Pastikan meja jauh dari sumber haba yang lain, seper ti radiator dan pendiangan, yang juga boleh menyebabkan kayu untuk pecah dan leding.