Home Trending Nasi Lemak Ganja

Trending Nasi Lemak Ganja

by

brotherhood-front

Daripada rakan, saya mendengar khabar tentang sebuah kafe bernama Brotherhood & Co. yang dibuka sejak Ogos tahun lalu di Shah Alam. Dalam perjalanan team rrenovation menuju cafe ini dan  melalui lorong antara bangunan di kawasan jalan plumbum seksyen 7, begitu banyak kedai makanan yang menawarkan hidangan berbeza dari masakan Melayu, Indonesia, Thailand, Arab, Mamak juga hidangan barat.

“Kewujudan banyak tempat makan di satu kawasan bukanlah satu persaingan yang perlu ditakutkan, sebaliknya bagi saya ia menjadi satu kekuatan dan tarikan kerana lokasi ini menjadi seumpama food haven! Di sini, orang berkumpul untuk makan. Supaya kekal kompetetif, kita mestilah menawarkan sesuatu yang berbeza dan mempunyai keunikan tersendiri” Ujar Fakharuddin Yusof, 28 pengasas Brotherhood & Co.

Seksyen 7 terkenal sebagai salah satu destinasi syurga makanan di kawasan kejiranan Shah Alam terutama sekali dalam kalangan pelajar IPT sekitar seperti Universiti Teknologi Mara dan Unisel. “Sasaran pasaran saya adalah orang Shah Alam  khususnya para pelajar kerana di sini tempat kumpulan ini mencari makan dan lepak” Kata graduan Sains Sosial Polimer dari UiTM Shah Alam ini.

Salah satu perkara yang menjadikan ia berbeza daripada kebanyakkan cafe lain di sekitarnya adalah rekaan dalaman yang menarik. Warna gelap dan bahan berasaskan kayu menyumbang kepada identiti sebuah kafe hipster. Meja kaunter misalnya direka daripada kayu pine. Malah, Fakharuddin juga mereka bentuk dan bertukang sendiri kebanyakkan meja makan di sini. Begitu juga dengan hiasan lampu gantung pada siling.

brotherhood-inner

Boleh memuatkan sehingga 150 orang pengunjung dalam satu masa, Brotherhood & Co menerima tempahan untuk acara peribadi. Namun, Fakharuddin mengutamakan tempahan pada sebelah petang bagi memberi peluang untuk pelanggan biasanya lepak pada waktu malam.

Jika datang pada malam Sabtu, pengunjung akan dihiburkan oleh persembahan life band buskers. Satu sudut berplatform di tepi kaunter disediakan sebagai tempat persembahan.

joyfurnitureads

“Ia adalah peniagaan milik keluarga yang diusahakan saya dengan dibantu abang, Mohd Adam Yusof dan kakak Norshuhada Yusof. Itulah makna disebalik brotherhood” Ulasnya ketika ditanya mengapa nama Brotherhood & Co dipilih “Jangan salah anggap, Brotherhood & Co adalah sebuah cafe yang menawarkan pelbagai hidangan menyelerakan walaupun namanya seperti sebuah firma guaman” selorohnya ramah.

Setiap hidangan melalui proses R&D dan percubaan demi percubaan oleh Fakharuddin bagi mendapatkan rasa yang boleh diterima baik majoriti selera dan tekak orang tempatan.

Keenakan nasi ayam berwana hijau dengan rasa bercampur mentega, dihidang bersama ayam panggang yang empuk isinya, dengan simbahan kuah cili yang tidak begitu pedas, sedikit rasa manis serta sup, tengahari itu selera kami dipenuhi dengan menikmati Nasi Ayam Brotherhood atau popular dengan nama Nasi Ayam Ganja. Kata Fakharuddin menu itu merupakan hidangan highlight di Brotherhood & Co. Benar, rata rata pengunjung kafe ini memesan menu sama. Harganya? RM5 sahaja! Sangat berbaloi untuk dinikmati.

brotherhood-nasi-ayam-ganja

Hidangan kedua yang dicuba adalah Nasi Lemak Sotong King. Kerangupan sotong digoreng bersalut tepung crispy dan dicecah sambal, setiap suapan bersama nasi lemak memberi kepuasan kepada perut yang lapar.

brotherhood-nasi-lemak-sotong

Dalam cuaca panas bulan Mac, Fakharuddin menyediakan minuman milo godzilla. Kombinasi milo ais dicampur ais krim vanilla dan whipped cream. Saya sempat memesan air kosong untuk diminum selepas minuman manis ini untuk menghilangkan dahaga dalam suasana tengahari yang semakin membahang. Mujur juga ruang terbuka membolehkan aliran udara lebih bebas masuk kebahagian dalam cafe.

brotherhood-milo-godzilla

Meminati aktiviti permotoran dan bergaul dengan rakan rakan yang mempunyai minat sama,  Brotherhood & Co menjadi lokasi mereka bertemu dan berkumpul sekali sekala. Tidak hairan jika hampir kebanyakkan daripada menu di sini dinamakan dengan nama motor seperti Nasi goreng Harley Davidson, Mee goreng Honda CB, Spaghetti Caponord dan pelbagai lagi yang pasti akan dicuba pada kunjungan akan datang. Malah, pemilik aprilia ini bercita cita untuk mengembangkan perniagaan cafenya menjadi menjadi cafe dan bike spa suatu hari nanti.

www.facebook.com/bhnco/