Chic & Charming!
Bata adalah bahan ideal bagi menyempurnakan dapur berkonsep industrial, kedesaan mahupun kontemporari. Sama ada menggunakan bata untuk keseluruhan dinding dapur dan sebahagian dinding pada latar belakang kabinet gantung. Bata tidak akan gagal membawa masuk gaya chic dan charming kerana teksturnya yang menarik dan semula jadi.

imej dari Yong Design
Antara warna bata selalu menjadi pilihan hiasan ialah bata merah, kelabu dan putih. Namun bagi yang menggemari suasana kelam dan glam untuk dapur, bata hitam adalah pilihan terbaik. Pilihan warna bata perlu dibuat dengan betul supaya menepati konsep yang diingini serta menepati cita rasa agar tidak cepat berasa bosan.
Wow Worthy Wood!
Ciri unik kayu menjadikan bahan ini antara pilihan popular untuk dapur. Baik kayu keras atau kayu lembut, kayu dari dua kategori ini berupaya membawa masuk keindahan dan rasa hangat ke dalam ruang. Antara jenis kayu keras yang sering mejadi pilihan pengguna Malaysia adalah meranti, oak, serta jati. Manakala jenis kayu lembut seperti kayu pine dan hemlock adalah antara perabot kayu yang boleh didapati di Malaysia.
Tips:
Gunakan larutan sabun dan air untuk membersihkan minyak pada permukaan kayu. Jika kesan sukar ditanggalkan, gunakan campuran cuka putih dan air dengan takaran 1 : 1.

imej dari Signature Kitchen
Banyak cara untuk memasukkan elemen kayu ke dalam dapur. Sesuai untuk kabinet, lantai, siling, countertop malah meja dan kerusi makan. Kayu oak misalnya, merangkumi pelbagai corak grain seperti fine lines, pin stripes, serta leafy grains menyuntik tekstur ke dalam ruang dapur. Malah jika disempurnakan dengan kemasan minyak, kayu ini mencipta variasi perabot yang bersinar cantik, semulajadi indah dan sempurna tanpa perlu memasukkan hiasan berlebihan untuk dapur tampil hebat.
Rapi Aluminium
Terkenal dengan ciri tahan lama, rintangan tinggi terhadap kakisan serta anti bakteria, kelebihan ini menjadikan aluminium tahan karat sesuai untuk keadaan basah atau lembap seperti ruang dapur. Biasa digunakan untuk sinki, dan boleh diaplikasikan untuk meja kerja, kabinet ataupun rak penyimpanan.

imej dari Alustil
Tips:
Jika tidak banyak memasak, pilih single wall aluminium untuk dapur tampil lebih sleek !
Istimewanya juga, tekstur dan warna aluminium menyumbang kepada persekitaran rapi dan bersih ke dalam ruang dapur. Bahan ini sesuai untuk pelbagai konsep renovasi dapur seperti industrial, moden serta kontemporari. Maka tidak hairan jika bahan ini semakin mendapat permintaan lantaran perkembangan trend dapur berkonsep industrial lewat tahun kebelakangan ini.









