
imej dari Jashen interior
Mendapatkan satu walk-in-wardrobe yang sempurna menjadi lebih mudah daripada apa yang disangka dengan lima tip ini.

imej dari Casa Indah
Sama ada mahukan walk-in-wardrobe yang direka oleh profesional dengan label perkakasan terkemuka atau mahu DIY sendiri, bahagian penyimpanan pakaian ini adalah tambahan yang sangat bermanfaat untuk kekemasan dalam ruang.
Bagi yang mahu DIY tanpa pengalaman awalnya mungkin berfikiran ianya adalah sangat sukar. Bagi membantu anda, rrenovation menyenaraikan 5 tip utama yang perlu diingat sebelum memulakan projek walk-in wardrobe. Bagi yang menggunakan khidmat profesional boleh juga membuat permintaan memiliki 5 perkara seperti di bawah untuk walk-inwardrobe anda. Profesional juga biasanya gemar mendapatkan pendapat pelanggan supaya mencapai kesepakatan dan hasil yang memuaskan hati anda.
1 PILIH RUANG
Pertimbangkan menggunakan ruang dari saiz lantai bilik tidur sedia ada jika mempunyai kamar yang luas. Jika merancang memperluaskan rumah seperti menggabungkan bilik tidur atau menambah bilik air di dalamnya, masukkan juga perancangan untuk menyelitkan ruang bagi mewujudkan walk-in-wardrobe. Perancangan ruang dengan baik dari awal boleh menjimatkan masa, wang tanpa perlu membuat renovasi lain selepasnya.

imej dari Archint Design & Build
2 MENGUTAMAKAN GANTUNGAN
Menggantung pakaian adalah pendekatan paling bijak sama ada untuk memudahkan urusan memilih pakaian dan untuk kekemasan. Asingkan pakaian mengikut saiz pendek dan panjang. Pastikan ukuran ketinggian sesuai untuk gantungan dua keperluan pakaian ini kemudian tambah sekitar 20% dari ketinggian ukuran asal. Biasanya, purata ketinggian siling 2.2m membolehkan dua baris gantungan pakaian pendek yang direka dua tahap, atau satu baris gantungan pakaian panjang berserta laci di bawahnya.
3 LEBIHAN RUANG DI BAHAGIAN ATAS
Jika masih ada ruang di bahagian atas almari pakaian atau rak gantungan, gunakan ruang ini untuk menampung barangan kurang kerap digunakan. Contohnya dengan meletakkan kotak yang boleh dimuatkan bagi menyimpan koleksi topi yang digunakan semasa percutian.
4 JANGAN LUPA PENCAHAYAAN
Cahaya semula jadi dari tingkap adalah idea terbaik, tetapi jika jauh dari sumber ini, pertimbangkan lampu LED. Ia memberi cahaya yang cukup baik untuk melihat pakaian. selaraskan lampu untuk memberi tumpuan di sekitar kawasan paling diperlukan. Pasang lampu di bawah rak, pastikan sebaran cahaya tidak terhalang dan menimbulkan bayangan. Tempatkan suis di bahagian mudah diakses bukan di belakang rel gantungan atau terlindung oleh meja solek.

imej dari A & A Concept Design & Contract Sdn Bhd
5 LEBIH PENJAGAAN UNTUK YANG PERLU
Sediakan satu set almari tertutup bagi melindungi pakaian lebih mahal daripada habuk. Pasang alamari ini pada akhir ruang dan gunakan pintu cermin untuk memberi ilusi keluasan ruang berganda.

imej dari Turn Design Sdn Bhd









